SJ-13-0115 : ijazah bersanad Al fatihah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0115 : ijazah bersanad Al fatihah

Assalamu alaikum,

Tump-ang tanya,

1. apakah amalan penerimaan al-quran @ satu2 surah nya secara
bersanad & perberian berijazah itu terdapat dalam assunnah.

2. bagaimana kiranya bila seseorang itu mengenakan upah @ 'charge'
pula ke atas sesiapa yang ingin menerima ijazah atas perkara yang
di atas.

Wallahu a'lam. wassalam.

SJ-13-0115 : ijazah bersanad Al fatihah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr abu zulkifli dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Pembelajaran al-Quran secara bersanad ini merupakan tradisi authentikasi ilmu yang tertua didalam sejarah Islam, lebih2 lagi pada zaman dimana al-Quran belum ditulis lagi. Kaedah ini sangat penting pada masa tersebut untuk memastikan akan ketulinan ayat-ayat al-Quran yang diterima.

Sebagai contoh, seorang sahabat Zayd ibn Thaabit ra. walaupun menghafal al-Quran, dia tidak akan bersetuju menulisnya sehingga setelah di rujuk kepada dua orang sahabat lain yang mendengar dari Nabi :saw. Begitu juga kata Ibn Shihaab : Khaarij ibn Zayd ibn Thaabit memberitahu kami bahawa dia mendengar Zayd ibn Thaabit berkata :

ÝóÞóÏúÊõ ÂíóÉð ãöäú ÇáúÃóÍúÒóÇÈö Íöíäó äóÓóÎúäóÇ ÇáúãõÕúÍóÝó ÞóÏú ßõäúÊõ ÃóÓúãóÚõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞúÑóÃõ ÈöåóÇ ÝóÇáúÊóãóÓúäóÇåóÇ ÝóæóÌóÏúäóÇåóÇ ãóÚó ÎõÒóíúãóÉó Èúäö ËóÇÈöÊò ÇáúÃóäúÕóÇÑöíøö ãöäú ÇáúãõÄúãöäöíäó ÑöÌóÇáñ ÕóÏóÞõæÇ ãóÇ ÚóÇåóÏõæÇ Çááøóåó Úóáóíúåö ÝóÃóáúÍóÞúäóÇåóÇ Ýöí ÓõæÑóÊöåóÇ Ýöí ÇáúãõÕúÍóÝö .
"Apabila kita membuat salinan mushaf, saya telah tertinggal ayat dari surah al-Ahzaab yang selalu saya dengar dari bacaan Rasulullah :saw. Maka kita pun mencarinya dan kami menjumpainya dengan Khuzaimah ibn Thaabit al-Ansari. ' Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah ' [al-Ahzab : 23]. Maka kami meletakkannya didalam surahnya didalam Mushaf"

Kaedah sanad ini sudah tinggal menjadi tradisi sahaja (dipengajian agama, pondok, masjid) selepas wujudnya al-Quran yang bercetak yang digunakan oleh umat Islam. Masih ada lagi tempat2 pengajian menggunakan kaedah 'bersanad' ini sepertimana di India, Pakistan dan sebagainya. Pihak pengajian Agama Islam di Pakistan suatu masa dulu pernah memohon kepada Mahkamah Tribunal Pelajaran Peshawar agar 'sanad' boleh disamakan dengan 'degree'/ Sarjana Muda, akan tetapi telah ditolak.

Kita lihat disana bahawa sanad / rangkaian perawi al-Quran tidak disebut apabila kita mempelajari al-Quran dibandingkan dengan penggunaan sanad ini didalam pengajian hadith. Bagi pengajian hadith, diperlukan maklumat sanad bagi menentukan kedudukan hadith tersebut. Sanad tidak diperlukan didalam al-Quran kerana Allah sentiasa memeliharanya. Firman Allah swt :-

ÅöäøóÇ äóÍúäõ äóÒøóáúäóÇ ÇáÐøößúÑó æóÅöäøóÇ áóåõ áóÍóÇÝöÙõæäó
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. " [al-Hijr : 9]

al-Tabari mentafsirkan ayat ini sebagai :

íÞæá ÊÚÇáì ÐßÑå ÅäÇ äÍä äÒáäÇ ÇáÐßÑ æåæ ÇáÞÑÂä æÅäÇ áå áÍÇÝÙæä ÞÇá æÅäÇ ááÞÑÂä áÍÇÝÙæä ãä Ãä íÒÇÏ Ýíå ÈÇØá ãÇ áíÓ ãäå Ãæ íäÞÕ ãäå ãÇ åæ ãäå ãä ÃÍßÇãå æÍÏæÏå æÝÑÇÆÖå
"Allah berkata bahawa ditelah turunkan peringatan iaitu al-Quran, [firman Allah:]'dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya', dan sesungguhnya dia akan menjaga al-Quran dari kebatilan, tambahan apa yang bukan darinya, atau pengurangan mana2 bahagiannya, samada ia terdiri dari hukumnya, balasan hududnya atau perkara yang berkenaan dengan faraaidh." {Tafsir al-Tabari 14/8].

Disini jelas menunjukkan al-Quran terpelihara, dan penerimaan ayat secara bersanad tidaklah menjadi syarat untuk mengamalkan al-Quran. Cukuplah dengan mempelajarinya dari guru yang benar, yang boleh membimbing kita membaca, memahami dan mempelajari al-Quran.

Tidak ada salahnya seseorang yang mengajar al-Quran itu menerima upah, mereka juga seperti guru2 didalam subjek lain yang menerima upah mengajar ilmu. Soalan tersebut pernah ditanya kepada Jawatankuasa Tetap fatwa Arab Saudi dan jawapannya :

äÚã íÌæÒ ÃÎÐ ÇáÃÌÑ Úáì ÊÚáíã ÇáÞÑÂä Ýí ÃÕÍ Þæáí ÇáÚáãÇÁ ¡ áÚãæã Þæáå Õáì Çááå Úáíå æÓáã : ( Åä ÃÍÞ ãÇ ÃÎÐÊã Úáíå ÃÌÑÇð ßÊÇÈ Çááå ) ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí ¡ æáãÓíÓ ÇáÍÇÌÉ Åáì Ðáß . æÈÇááå ÇáÊæÝíÞ æÕáì Çááå Úáì äÈíäÇ ãÍãÏ .
"Ya, dibenarkan mengambil upah keatas mengajar al-Quran menurut pandangan benar dari para ulama' berdasarkan umum sabda Nabi :saw :'perkara yang paling berhak mengambil upah darinya adalah Kitab Allah', riwayat al-Bukhaari, dan kerana sememangnya ada permintaan keatasnya." [Lajnah al-Daa'imah, 4/91].

Akan tetapi, kalaulah 'sanad' sahaja yang dibeli tanpa mempelajari ilmu al-Quran tersebut, ini merupakan suatu perkara yang agak pelik. Ini seperti tidak lulus ujian, tapi dikurniakan ijazah. Sanad itu menandakan seorang guru memastikan akan kesinambungan pelajaran al-Quran itu diperturunkan kepada anak2 muridnya. Ia bukan sekadar (certificate) syahadah sahaja! Pembelian 'sanad' ini sia2 dan rugi sahaja tanpa mempelajari ilmunya dan ia tidak ada nilainya disisi agama. WA.

Wassalam

خيرالأمين