SJ-13-0123 : Bentuk hukuman punitif & deteren dlm Islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0123 : Bentuk hukuman punitif & deteren dlm Islam

:salam

Harap boleh diperjelaskan hukuman yang berbentuk punitif dan deteren dalam hukuman jenayah Islam, dan sebab disebalik perintah atau nas- nas yang diturunkan itu.

Terima kasih

shanoor

SJ-13-0123 : Bentuk hukuman punitif & deteren dlm Islam

:wassalam
alJawab:

1. punitif vs deteren

Punitif ialah hukuman berbentuk kesiksaan (deraan) kerana jenayah itu sudahpun dilakukan. Ia adalah hukuman berbentuk 'corrective' atau pembaikan atau dalam bahasa Arab 'Iqaabi' atau ta'diibi.

Dalil Qur:ani:

" Lelaki dan perempuan yg mencuri, potonglah tangan mereka sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan dan sebagai SIKSAAN (punitif) dari ALlah." AQT 5: 38

Deteren pula ialah hukuman atau amaran atau ancaman atau peringatan supaya jenayah atau kesalahan itu dijauhi. Ia adalah bersifat preventive atau menghalang berlakunya jenayah atau dalam bahasa arabnya Sadd atau rada'a. Sebab tu ada qaidah fiqhiyah " Sadd adzZara'iy" (ditutup atau ditegah pintu2 kejahatan atau kerosakan). Dengan itu Islam memperkenalkan konsep dosa dan pahala. Ini kerana (utk memastikan) hukum syari'at itu berjaya dilaksanakan dalam masyarakat, Islam terlebih dulu menanam hukum deteren dalam jiwa manusia. Ini kerana sifat deteren dalam jiwa manusia itu adalah asas syari'ah dan hukum jinayah. (Syaltut, Aqidah wa Syari'at /316)
Tambahan: Inilah yg membedakan perundangan Islam dan Barat atau sekuler, di mana Islam ada unsur detren dan punitif, manakala perundangan sekuler/Barat hanya ada aspek punitif sahaja.

Cth ayat deteren:

"jangan kamu HAMPIRI zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk." AQT 17: 32

Maka pemerintah menggubal beberapa hukuman dan perundangan tambahan supaya zina ini tidak berlaku. Cth: pemisahan jantina semasa di mesjid atau majlis2 terbuka dan ada hukuman takzir di Malaysia yg dinamakan kesalahan khalwat ini adalah bentuk2 hukum deteren upaya zina itu tidak berlaku.

Jika berlaku zina, maka hukum siksaan (Punitif) akan dikenakan, misalnya 100 kali sebatan bagi pezina bukan muhsan.

Itulah maksud hukum punitif vs deteren dalam syari'at Islam. Kalau kita nak senarai semua jenis hukum hudud, qisas dan takzir, maka kita dapati ada dua unsur ini. SEKIAN

2. sebab disebalik perintah

Quote:
sebab disebalik perintah atau nas- nas yang diturunkan itu.

Maksud sebab disebalik perintah ialah 'Illat' dan maksud nas-nas yg diturunkan itu adalah selalunya alQur:an turun menjelaskan illat (hikmah) disebalik hukum. Jika tidak ada nas, maka umat Islam tetap berkeyakinan bahawa mesti ada kebaikan disebalik setiap hukum.

Konsep illat ini atau ta'alil disebalik setiap hukum syara', dengan kata lain bahawa sudah pasti ada maslahat atau hikmah atau rasio demi kebaikan manusia. Ta'lil adalah asas dalam Qiyas (Syawkani, Irsyaad alFuhul/222) Lanjutan dari falsafah ta'lil ini dibangunkan pula sebuah Fiqih yg baru yg dinamakan oleh alQardhawi sebagai Fiqh alMaqosyid atau Objektif syara'. Fiqh alMaqosyid penting dalam Ijtihad.

Dalil fiqh illat atau maqosyid ialah:

" ALlah mengkehendaki kemudahan bagi kamu dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu." AQT 2:185

Kami hanya menjelaskan konsep/falsafah seputar kalimah2 yg anda ajukan dan tidak memperincikan kerana subjek ini amat besar dan tidak mampu kami sajikan dalam ruangan soal-awab cyber yg terhad dan padat.

sekian jika ada kekeliruan kembalilah lagi kepada kami.