SJ-13-0194 : Baju bergambar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0194 : Baju bergambar

Salam.

nak bertanya hukum memakai baju yg bergambar manusia, tak kira lukisan atau gambar betul...
jika menggantungkan gambar dalam rumah dikatakan malaikat tidak masuk ke rumah?
bagaimana pula dgn baju bergambar tadi? dan dibawa pula dalam solat? benarkah malaikat tidak akan mendampingi org2 yg memakai baju bergambar spt ini?

jkk

SJ-13-0194 : Baju bergambar

:wassalam ms cadbury,

ÇáÌæÇÈ
Jawapan:

Dalam membicarakan gambar yang ada pada pakaian orang yang bersolat, fuqaha' tidak membahaskan dari sudut Malaikat tetapi dari sudut apa perasaan RasuluLlah saw bila dia melihat pakaian bergambar semasa solat. Perasaan tidak suka baginda inilah yang banyak diperkatakan. Antara dalilnya ialah:

ÞÇã ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þíÕáí Ýí þ þ ÎãíÕÉ þ þÐÇÊ ÃÚáÇã ÝäÙÑ Åáì ÚáãåÇ ÝáãÇ ÞÖì ÕáÇÊå ÞÇá þ þÇÐåÈæÇ ÈåÐå þ
þÇáÎãíÕÉ þ þÅáì þ þÃÈí Ìåã Èä ÍÐíÝÉ þ þæÃÊæäí þ þÈÃäÈÌÇäíå þ þÝÅäåÇ ÃáåÊäí þ þÂäÝÇ þ þÝí ÕáÇÊí þ

terjemahnya: dari Aisyah ra RasuluLlah saw solat mengenakan khamisah (kemeja) yang ada gambar. Selepas mengerjakan solat, baginda pun bersabda," pergilah kamu kepada Abu Jaham bin Hudzaifah dengan khamisah ini dan bawakan kepadaku (baju) anbijaniyah (fabrik yang kasar dan tanpa gambar), kerana sesungguhnya khamisah tadi telah mengganggu tumpuanku semasa solat."
[alBukhari, #360, Muslim, #864, edisi internet, KSA]

Jadi Aisyah telah memakaikan baju bercorak atau bergambar kepada Nabi saw, maka nabi perintahkan agar di bawa kepada kedai kain (milik Abu Jaham) dan ditukarkan dengan fesyen anbijaniah yang plain dan tidak bergambar.

Imam Nawawi (alMajmu', 3/180), Ibn Qudamah (alMughni, 1/628) menyatakan majoriti fuqaha' (ahli feqah) menyatakan hukumnya adalah makruh.

Tambahan:
Bagi mereka yang memilih fiqh syafi'iy, pendapat madzhab nusantara itu ialah sesiapa yang pakai baju yang ada gambar semasa solat ialah makruh. Demikian kata Imam Nawawi (alMajmu', 3/180). sekian