SJ-13-0197 : kenduri dan majlis ilmu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0197 : kenduri dan majlis ilmu

Salam.

berkenaan fiqh al-awlawiyyat:
antara kenduri dan majlis ilmu, kedua2 adalah dituntut dlm islam.
tapi yg mana lebih awla utk dihadiri jika kedua2nya berjalan serentak, dlm masa yg sama.
kenduri tu, dihadiri saudara mara, n tu chance utk kenal saudara mara yg sblm ni tak kenal / rapat.
majlis ilmu tu pula, cthnye sperti forum2 yg dihadiri oleh syeikh2/ulama'2 terkemuka...

mohon tunjuk ajar..
wassalam.

SJ-13-0197 : kenduri dan majlis ilmu

:wassalam

alJawab:

Dari segi fiqh awlawiyat (fiqih keutamaan), memenuhi undangan walimah (kenduri) adalah wajib. Ini kerana wajib menghadhiri undangan walimah adalah wajib yang khusus, manakala wajib menuntut ilmu adalah wajib yang 'am. Dalilnya: Dari Ibn Umar, (sabda saw), " jika kamu diundang ke majlis walimah (kenduri), sahutilah undangan itu. Barangsiapa yang tidak memenuhi undangan itu, telah derhaka kepada Allaqh dan Rasul-Nya" (Bukhari-Muslim). itu yang dimaksudkan ada ancaman yang khusus, maka majlis ilmu itu bolehlah ditinggalkan. teknologi hari ini membolehkan kita mendapatkan semula ilmu itu melalui rakaman DVD atau kertaskerjanya. sekian