SJ-13-0210 : Hukum Pakai Cincin Perak

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0210 : Hukum Pakai Cincin Perak

:salam

Setahu saya lelaki islam diharamkan memakai cincin emas, tapi dalam sebuah kuliah hadith di masjid tempat saya seorang ustaz mengajar bahawa lelaki islam diharamkan memakai cincin emas dan perak. Ingin dapat pencerahan dari ustaz di al-ahkam.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0210 : Hukum Pakai Cincin Perak

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr IbnAbdHalim dengan kadar yang termampu, Insya-Allah.

Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi :saw pernah memakainya. Anas ra, berkata :-

áãÇ ÃÑÇÏ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãä íßÊÈ Åáì ÇáÑæã Þíá áå Åäåã áÇ íÞÑÁæä ßÊÇÈÇ ÅáÇ Ãä íßæä ãÎÊæãÇ ÝÇÊÎÐ ÎÇÊãÇ ãä ÝÖÉ ÝßÃäí ÃäÙÑ Åáì ÈíÇÖå Ýí íÏå æäÞÔ Ýíå ãÍãÏ ÑÓæá Çááå
dir="ltr">"Tatkala Nabi :saw ingin menulis surat kepeada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah" [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].

Menurut Ibn Taimiyah ra. :-

ÃãÇ ÎÇÊã ÇáÝÖÉ ÝíÈÇÍ ÈÇÊÝÇÞ ÇááÃÆãÉ ÝÅäå ÞÏ ÕÍ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãäå ÇÊÎÐ ÎÇÊãÇ ãä ÝÖÉ ¡ æÃä ÃÕÍÇÈå ÇÊÎÐæÇ ÎæÇÊíã ¡ ÈÎáÇÝ ÎÇÊã ÇáÐåÈ ÝÅäåÇ ÍÑÇã ÈÇÊÝÇÞ ÇáÃÆãÉ ÇáÃÑÈÚÉ º
dir="ltr">"Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi :saw memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat" [Majmu' Fataawa 25/63-65].

Malah ada dikalangan ulama' yang mengatakan sunnah bagi lelaki memakai cincin perak berdasar dalil diatas.

Mungkin (saya rasa) yang dimaksudkan oleh Ustaz tersebut adalah bijana yang digunakan untuk minuman di perbuat dari emas atau perak. Dari Huzaifah ra. bahawa Nabi :saw bersabda :-

áóÇ ÊóÔúÑóÈõæÇ Ýöí ÂäöíóÉö ÇáÐøóåóÈö æóÇáúÝöÖøóÉö ¡ ÝóÅöäøóåóÇ áóåõãú Ýöí ÇáÏøõäúíóÇ æóáóßõãú Ýöí ÇáúÂÎöÑóÉö
dir="ltr">"Jangan minum didalam bijana yang diperbuat dari emas atau perak, kerana sesungguhnya ia adalah untuk mereka dan untuk kita di akhirat" [Hadith Riwayat Bukari #5633, Muslim #2067].

Berkata Imam al-Nawawi didalam Minhaj: "Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan."

Kesimpulannya - cincin emas adalah haram untuk lelaki dan selain darinya diperbolehkan, termasuklah cincin perak. Nabi :saw sendiri menggunakan cincin perak sebagai chop mohornya. Cuma Ibn Utsaimin memberi nasihat bahawa memakai cincin ini bukanlah bertujuan menunjuk-tunjuk atau berlebihan, dan memakainya tidak menimbulkan fitnah. Yang dilarang secara mutlak emas dan perak ialah pada bijana yang diperbuat dari emas dan perak.

Sekian, wassalam

خيرالأمين