Salam,
Saya ingin bertanya soalan
Saya ada terbaca beberapa artikel berkenaan Dajjal dan Yakjuj dan Makjuj
Berkenaan Dajjal, penulis berkenaan ( may be dia ambil pendapat org lain)
menyatakan bahawa Dajjal bukanlah satu batang tubuh, akan tetapi ia merujuk kepada peradaban barat.
Dalam hal ini Dr Bilal Philips menolak pentafsiran ini dalam satu ceramahnya
manakala berkenaan Al-Masih pula, penulis berkenaan
menyatakan bukanlah
Nabi Isa itu yang turun, akan tetapi seseorang yang baik dan hebat seperti
Nabi Isa itu akan muncul.
yakjuj dan makjuj pula penulis berkenaan mengambil beberapa pandangan ulama dengan menyatakan bahawa ia merupakan bangsa monggol yg meluaskan empayar mereka pada suatu ketika dulu
soalannya
1) Bolehkah kita mengambil pentafsiran secara tersirat ini ?
2) Adakah ia boleh menjejaskan akidah atau membawa kesan buruk jika
mengambil pentafsiran seperti ini ?
3) Selain pendapat Dr Bilal Philips, apakah pandangan ulama lain yg muktabar berkenaan masalah ini?
:wassalam
al-Jawab:
1) Tafsiran secara tersirat itu boleh diterima jika Pentafsir atau pentakwilnya mengemukakan hujah dan dalil serta uslub bahasa Arab. Pentafsir itu pula mestilah seorang yg diperakui kesarjanaannya bukan penulis sensasi yang ingin mengaut populariti dan keuntungan. Tapi jalan selamat ialah metod salaf, yakni tidak mentakwil atau mentafsirnya, semuanya diserahkan kepada Allah akan maksud sebenarnya.
2. pentafsiran dalam isu alMahdi, nuzul Isa putra Maryam dan Yakjuj-Makjuj tidak merosakkan akidah jika tafsiran itu masih dalam susurgalur ilmu tafsir/takwil dan mengikut susurgalur bahasa Arab kecuali tafsiran itu adalah tafsiran yang terkeluar dari batasan Ilmu Tafsir atau takwil. Cthnya: ada mereka yang mendakwa Imam ke-12 adalah alMahdi alMuntazar yang sedang ghaib (doktrin akidah syi'ah). Cth yg lain ialah al-Syuhaimi adalah alMahdi yang sedang ghaib dan akan muncul di akhir zaman (akidah rufaqa' corp)
3. Majoriti ahli Sunnah menerima maksud hadith-hadith itu secara zahir nas atau lahiriah tanpa memberat-beratkan diri mentakwilnya. Ini merupakan pendapat para muhaqqiqin spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, alSyaukani, Ibn Hajar, al-Nawawi dan alMuhaddith al-Albani.
[ Ruj: Majalah alManar, edisi no 29, ms 155; Dr al-Asyqar, Yaumul al-Akhir, Maktabah al-Falah, Kuwait,1988) WA