jika dilihat kepada umum masyarakat hari ini.saya lihat ramai yang bertakbir [mengucapkan Allahuakbar] ketika menguap.sama seperti perbuatan bertahmid ketika bersin.
1-adakah amalan bertakbir ketika menguap tersebut satu perbuatan yang shahih dari Nabi SAW dan para Salafussoleh?atau ianya cuma satu amalan yang direka-reka?
2-adakah terdapat zikir2 khusus ketika menguap?kerana dari apa yang saya baca sebelum ini.hanya disuruh menutup mulut sahaja.atau ketika dalam solat,menahannya sedaya mampu.
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah. Kami akan cuba menajwab soalan arifarifin dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Telah datang hadith riwayat Abu Hurairah ra. bahawa Nabi :saw berkata :
Hadith ini merupakan salah satu nas bacaan zikir ketika bersin. Kebiasaan adab orang kita, apabila menguap mereka tidak membaca "Allahu Akbar" tetapi membaca "'Auzubillah....". Ia dikaitkan bahawa amalan menguap ini adalah dari Syaitan, Dari sebuah riwayat dari Abu Hurairah ra. Nabi :saw bersabda :-
Persoalannya, adakah terdapat dalil mengenai zikir "Auzubillah" semasa seseorang itu menguap? Berkata Dr Abdullah al-Faqih :-
Disebabkan terdapatnya hadith yang mengatakan menguap adalah dari syaitan, diperbolehan membaca 'Auzubillah' ketika menguap walaupun tidak ada arahan yang khusus. Amalan yang terbaik adalah cuba menahan sedaya yang mampu dari menguap. Mengenai zikir "Allahu Akbar" semasa menguap pada hakikatnya tidak wujud dalil keatasnya. WA,
Sekian, wassalam
خيرالأمين