SJ-13-0237: Malaikat Dan Gambar

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0237: Malaikat Dan Gambar

:salam
JKK THTL, ingin saya bertanya lanjutan tentang malaikat yg tak masuk rumah.. macam mana kalau dirumah saya ada ber-album2 dengan gambar kahwin, anak, sedara-mara, gambar gi melancung, gambar keluarga ? nak buang ke semua tu.. ?

JKK

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0237: Malaikat Dan Gambar

:wassalam

al-Jawab:

Yang dimaksudkan oleh hadith itu ialah apa yang lumrah di zaman dulu. Ini kerana camera belum ujud ketika itu. Maka yang selalu ada dalam rumah ialah patung atau ukiran dan painting atau lukisan. Ini semua hasil kerja tangan artis. Manakala fotografi adalah gambar sebenar yang dihasilkan oleh teknologi fotografi (camera dan printing).

jadi ulama berselisih pendapat mengenai hukum gambar2 yg dihasilkan oleh camera (analog dan digital), tetapi kami lebih cenderong kepada pendapat al-Qaradhawi (Halal & Haram fil Islaam) bahawa gambar fotografi adalah harus kerana ia adalah gambar sebenar. Cuma ia bergantung kepada tujuan gambar itu dihasilkan dan siapakah yang difotokan. Jika gambar itu bukan utk dipuja dan disucikan, atau gambar utk bermegah-megah, atau gambar tokoh-tokoh dan idola yang fasiq atau pemimpin yang dzalim, maka sudah tentulah potret spt itu diharamkan. Cth: foto Mustafa Kemal Attaturk, atau foto bintang filem Hollywood atau Bollywood.

Jadi jika koleksi foto anda yang berupa kenang-kenangan tidak ada masalahnya. sekian WA