SJ-13-0256 : Masalah cara hormat

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0256 : Masalah cara hormat

Assalamu'alaikum.

1.Apa hukumnya jika melakukan cara hormat dgn cara merapatkan kedua tapak tangan (seperti yg dilakukan oleh kbnykn pesilat, peninju siam, dan ketika menghadap raja)? adakah itu pengaruh hindu dan buddha?

2.Apa pula hukumnya kalau hormat dgn cara tunduk (seperti budaya jepun)? Ustaz Rasul Dahri pernah mengatakan bahawa cara hormat pelajar karate dan taekwondo (tunduk) adalah salah atas alasan rukuk hanya utk ALLAH. Atau kita boleh tunduk kpd org utk menghormatinya tetapi tundukan tersebut tidak boleh melebihi 45 darjah (kerana kedudukannya sama seperti rukuk)?

3.Ini pula salinan email yg dikirim oleh seorg pengamal muay chaiya (salah satu aliran tinju siam tradisional) dari thailand kpd sy:

"Hello Mohd,

You are very welcome to learn Muay Chaiya (a style of ancient fighting
– or
muay boran).

You may have misconception about respect gesture. Europeans greet each
other
by shaking hands, Japanese bow, THAI-Laos-Cambodian PUT TWO HANDS
TOGETHER
and SLIGHTLY BOW. It has ABSOLUTELY NOTHING TO DO WITH RELEGIOUS BELIEVE.

The teacher of my teacher (kru Preang) was a Muslim.

Guy (for Muay Chaiya)"

Apa pandangan panel feqh al-ahkam mengenai dakwaan beliau berkenaan cara hormat thai?(p/s:sengaja sy besarkan huruf2nya)

Maafkan sy kalau tulisan sy agak panjang. sy sebenarnya sangat meminati seni mempertahankan diri tapi sy sangat berhati-hati dlm soal ini dan inilah yg menjadi persoalan sy skrg. sekian, terima kasih.

Anonymous (not verified)
Ralat: Masalah cara hormat

ada sedikit pembetulan utk posting dlm thread yg sy buka sebelum ini yg bertajuk 'Masalah cara hormat'. dlm posting tersebut, sy telah menulis '45 darjah' pada soalan no.2, sepatutnya '90 darjah', bukan '45 darjah'.

sekian

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0256 : Masalah cara hormat

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Secara umumnya umat Islam tidak dilarang menyertai sukan seni mempertahankan diri (martial art / art of self defense). Seni mempertahankan diri ini mengajar seseorang itu disiplin dan juga teknik-teknik mempertahankan diri dari serangan musuh. Berikut adalah pandangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi berkenaan dengan mempelajri Seni mempertahankan diri :-

æÊÚáã åÐå ÇáÃáÚÇÈ æããÇÑÓÊåÇ: ÃãÑ ãÔÑæÚ áãä íÞÏÑ Úáíå¡ æáÇ ÍÑÌ Ýíå. Èá ÞÏ íÕÈÍ ãäÏæÈÇ áÈÚÖ ÇáäÇÓ¡ æåÐÇ ÃãÑ ÝæÞ ÇáãÈÇÍ. Èá ÑÈãÇ íÕÈÍ æÇÌÈÇ Úáì ÈÚÖ ÇáäÇÓ ÅÐÇ ßÇä íÎÔì ÎÔíÉ ÑÇÌÍÉ: Ãä íÊÚÑÖ ááÊÚÏí ÇáÌÓÏí¡ æßÇä ÅÊÞÇä ÅÍÏì åÐå ÇááÚÈ æÓíáÉ ãäÇÓÈÉ áÑÏ ÇáÇÚÊÏÇÁ¡ æÏÝÚ ÔÑ ÇáãÚÊÏí. æÝÞÇ ááÞÇÚÏÉ ÇáÔÑÚíÉ ÇáÊí ÊÞæá: ãÇ áÇ íÊã ÇáæÇÌÈ ÅáÇ Èå Ýåæ æÇÌÈ.
dir="ltr">"Mempelajari permainan dan latihan ini adalah : satu perkara yang dibenarkan didalam syara' bagi sesiapa yang mampu, tidak ada halangan bagi mempelajarinya. Bahkan adalah digalakkan kepada sebahagian orang, iaitu perkara ini adalah hampir wajib bagi mereka yang takut mereka diancam dan boleh membawa kepada 'physical abuse', maka menguasai permainan ini dapat menangkis serangan dan menolakkan kekuatan jahat. Menurut kaedah syariah : Perkara yang tidak sempurna bagi sesuatu yang wajib, melainkan hukumnya wajib juga." [Fiqhu al-Lahwi wa Tarwih, ms 75].

Seni mempertahankan diri ini juga lahir dari budaya sesuatu kaum. Misalnya Silat dari negara kepulauan Melayu, Karate dari Jepun, Kung Fu dari Negeri Cina dan sebagainya. Biasanya, Seni Mempertahankan diri terbahagi kepada 2 bahagian (mininumnya) :-

a. Seni persembahan
b. Seni tempur.

Seni persembahan biasanya terdapat pergerakan-pergerakan yang sekilas pandang mengandungi ritual persembahan, seperti sembah, atau tunduk (bow) sebagaimana soalan diatas. Didalam Islam terdapat larangan bagi seseorang memuliakan seseorang itu dengan cara ruku' atau sujud! Diriwayatkan dari Anas bin Malik :-

ÞÇá ÑÌá : íÇ ÑÓæá Çááå ÃÍÏäÇ íáÞì ÕÏíÞå ÃíäÍäí áå ¿ ÞÇá : ÝÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã: áÇ ¡ ÞÇá : ÝíáÊÒãå æíÞÈáå ¿ ÞÇá : áÇ ÞÇá : ÝíÕÇÝÍå ¿ ÞÇá : äÚã Åä ÔÇÁ
dir="ltr">"Seorang lelaki berkata : Ya Rasulullah, apabila kita bertemu dengan sahabat, bolehkan kita tunduk kepadanya? Rasulullah :saw berkata : TIDAK, Dia berkata, bolehkah kita peluk dan cium dia? Baginda berkata TIDAK. Dia berkata, Bolehka kita berjabat tangan dengannya? Baginda menjawab : YA, jika dia kehendaki" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2728, dia berkata Hadith Hasan, Ibn Majah #3702].

Jika diamati secara halus, larangan ini merupakan satu perintah bagi seseorang Islam itu dari melakukan sesuatu amalan yang mensyirikkan Allah swt. Agama Islam melarang jika terdapatnya unsur-unsur ritual atau keagamaan semasa melakukan tunduk dalam persembahan tersebut. Pandangan ini merupakan fatwa yang pernah dikeluarkan oleh ulama'-ulama' Saudi sebagai langkah berjaga-jaga dari amalan melakukan amalan-amalan syirik.

Walaubagaimanapun, ada kalangan ulama', terutamanya Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah membenarkan perbuatan ini atas nama 'seni' yang terdapat didalam setiap permainan Seni persembahan. Contohnya Silat, mereka mempunyai Silat Bunga yang kadangkala digunakan didalam menyambut pengantin, tetamu-tetamu dan sebagainya. Didalamnya juga terdapat gerakan sembah menggunakan kedua2 telapak tangan. Perkara ini amat 'common' dikalangan Seni Mempertahankan Diri Silat. Ia tidak mengandungi Ritual. Jika wujud bacaan-bacaan tertentu didalamnya maka hukumnya adalah dilarang.

Berikut adalah pandangan Syiekh Faisal Mawlawi, Nabi Pengerusi Majlis Fatawa dan Penyelidikan Eropah :-

"Seseorang Islam hendaklan menjauhi semua permainan dan sukan yang mengandungi RITUAL dan latihan yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak kiralah atas nama atau judul apa sekalipun. Jika sukan tersebut bebas dari amalan yang bukan Islam, seorang Islam itu dibenarkan menyertainya.

Adalah menjadi adat didalam Seni Mempertahankan diri bagi ahli tunduk kepada masing-masing. Maka, jika amalan ini bermaksud ibadat, maka tidak dibenarkan oleh seseorang Islam itu menyertainya. Walau bagaimanapun, jika ia bermaksud menunjukkan sesuatu penghormatan diantara pelatih, dan bukan dalam bentu ruku' didalam solat, maka ia diperbolehkan menurut pandangan Islam"

Begitu juga dengan jawapan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi terdapat persoalan adakah latihan YOGA itu haram? Beliau menjawab :-

æ áã íÎØÑ Ýí ÈÇáå ÊÚÈÏ¡ æ áÇ ÊÞáíÏ áÃæáÆß ÇáæËäííä¡ æ áÇ äíÉ ÇáÊÔÈå Èåã¡ ÝÅä ÇáÃÓáã æ ÇáÃæÑÚ ÇáÈÚÏ Úä ãÔÇÈåÉ åÄáÇÁ æ áÇ ÓíãÇ ÈÚÏ Ãä íÚÑÝ ÃÕá ÇáÑíÇÖÉ ÇáæËäí ÚãáÇ ÈÇáÍÏíË : ÏÚ ãÇ áÇ íÑíÈß Åáì ãÇ áÇ íÑíÈß
dir="ltr">"Tidak dilarang tanpa melakukan sebagai ibadat, tidak mengikut sebagaimana yang dilakukan oleh penganut Hindu, Tidak berniat menyerupai mereka. Maka yang lebih selamat adalah menjauhi perkara ini dan yang menyerupainya setelah mengetahui bahawa perbuatan itu bagikan menyembah berhala, sebagaimana terdapat riwayat : buangkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu." [Fiqhu al-Lahwi wa Tarwih, ms 76]

Secara kesimpulannya, hendaklah TIDAK menjadikan amalan seni persembahan itu sebagai ibadat. Amalan seni persembahan ini tidak boleh menyerupai amalan-amalan didalam solat. Sebagai langkah yang baik, ulama' menasihatkan agar kita memberitahu instructor agar dapat dikecualikan dari terlibat didalam pergerakan tersebut. WA.

Sekian, wassalam

1. Fatwa Syiekh Faisal Mawlawi. Martial Arts with non-Islamic Practices .
URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544260

2. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqhu al-Lahwi wa al-Tarwih. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2005.

خيرالأمين