SJ-13-0263 : Emas pada senjata yg digunakan oleh lelaki.

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0263 : Emas pada senjata yg digunakan oleh lelaki.

:salam Al- Ustaz,

1. Apakah hukum jika seseorang LELAKI menggunakan emas sebagai perhiasan di senjata seperti pistol, keris atau pedang. Cth pada keris itu mungkin di hulunya.

2. Apakah dibolehkan dalam Islam utk kita menuliskan cth 'kalimah syahadah' pada senjata (pistol/keris/parang) dgn menggunakan emas atau logam lain, sbg penaik semangat dan hiasan (cth spt pada bendera Arab Saudi).Penulisan kalimah tersebut tiada kaitan dgn unsur kebatinan merapu, cuma sbgai penaik semangat jihad utk rajin berlatih dengannya misalnya.

JKK

SJ-13-0263 : Emas pada senjata yg digunakan oleh lelaki.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
1. Apakah hukum jika seseorang LELAKI menggunakan emas sebagai perhiasan di senjata seperti pistol, keris atau pedang. Cth pada keris itu mungkin di hulunya.

Syiekh Ibn Taimiyah rh [IslamWeb, FatwaID #24609] didalam menjawab samada baju (yang kurang dari 2 gram) dan senjata yang dibuat dari emas boleh di gunakan oleh lelaki ataupun tidak, beliau telah memetik perkataan Imam Ahmad yang mengatakan terdapat 4 pandangan mengenai hal ini :-

Pendapat 1 : Ia di benarkan

Pendapat ke 2 : Dibenarkan khas untuk senjata sahaja

Pendapat ke 3 : Di benarkan disenjata; lebih2 lagi pedang dan lain-lain. Dinyatakan bahawa Othman bin Hanif mempunyai pedang paku yang mengandungi logam emas.

Pendapat ke 4 : dibenarkan untuk senjata dan baju (yang kurang 2 gram).

Jika diteliti keempat2 pandangan ini, maka tidak ada masalah terdapat campuran emas pada hulu keris dari aspek hukum penggunaannya.

Akan tetapi, jika nisab bagi emas pada senjata itu mencukupi, maka ia dikenakan zakat, sebagaimana barangan perhiasan emas, [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah (9/276)]

خيرالأمين

SJ-13-0263 : Emas pada senjata yg digunakan oleh lelaki.

:wassalam

1. Prof Dr al-Imam Yusof al-Qardhawi mentarjih, adapun kaum lelaki yang menggunakan emas sebagai perhiasan kepada jam, pen, termasuklah persenjataannya adalah tidak dibenarkan kerana menjurus kpd pembaziran dan lambang kesombongan dan melukakan hati golongan miskin dan dha'if.
Firman Allah SWT,
" dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka kami perintahkan golongan yang hidup mewah di negeri itu, tapi mereka melakukan pendurhakaan dalam negeri itu.." AQT 17: 16

tafsir: salah satu ciri golongan mewah ialah membikin segala perhiasan bertatahkan emas dan logam berharga

" dan Kami tidak mengutus kepada suatu negeri seorang Pemberi peringatan, melainkan golongan hartawan di negeri itu akan berkata," sesungguhnya kami mengingkari apa yg kamu diutus untuk menyampaikan.." AQT 34:34

Membikin peralatan yg bertatahkan emas adalah membazir, menyombongkan diri dan melukakan perasaan orang miskin,

" dan berikan kpd keluarga yg dekat akan haknya, juga kepada orang miskin dan orang dalam ibnu sabil dan janganlah kamu menghamburkan harta secara boros. sesungguhnya pemboros2 itu adalah sedara setan." AQT 17: 26-27
(Halal & Haram fiil Islam)

2. Menulis kalimah syahadah pada senjata itu tidak digalakkan kerana ia menyulitkan pembawanya untuk masuk ke tandas. Tiada terdapat nas bahawa kaum salaf assoleh mendapat semangat dari ukiran syahadah pada senjata2 mereka. Ini kerana mereka berjuang untuk meninggikan kalimah tersebut bukan bersemangat bila melihat kalimah itu pada senjata mereka. Kami tidak dapati larangan utk mengukir kalimah syahadah pada senjata, cuma berhati-hati dgn penggunaan logam emas dan kesulitan jika membawa senjata tersebut ke bilik air. Begitu juga tidak terdapat bukti kukuh kaitan motivasi/semangat perjuangan seseorang prajurit jika menggunakan senjata yang terukir dua kalimah syahadah. Ini kerana kalimah syahadah itu ialah dihati.

Adapun menggunakan logam emas utk menulis dua kalimah syahadah pada senjata, sudah dibahaskan di atas, tiada larangan secara qat'iy tapi ia termasuk unsur pembaziran, kesombongan dan melukakan hati golongan miskin.
Meletakkan dua kalimah syahadah pada bendera spt bendera KSA itu tidak mengapa kerana ia boleh menaikkan semangat utk umum dan tidak terdapat bantahan ulama' di Tanah Haram. WA