SJ-13-0309 Gambar/video utk renungan,tapi ada gambar X elok?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0309 Gambar/video utk renungan,tapi ada gambar X elok?

Assalamu 'alaikum...

Tuan panel al-ahkam.net yang dihormati,

Saya kadang2 menerima dan menghantar video/gambar yang diperolehi di dalam internet utk dikongsikan dengan rakan2. Bersama video/gambar tersebut, biasanya saya akan meletakkan beberapa mesej yang dapat dipelajari daripadanya. Kebiasaannya, video/gambar tersebut saya percaya boleh membawa contoh dan mesej yang jelas kepada audien yang saya tujukan.

Namun, kadang2 video/gambar yang diterima/dikirimkan mempunyai imej2 lelaki / perempuan yang tidak menutup aurat, eg perempuan tak pakai tudung, lelaki pakai seluar pendek.

Dengan pengiriman video/gambar tersebut, secara tak langsung saya telah membuatkan si penerima menonton suatu yang ditegah agama. Sedangkan niat dan mesej yang disampaikan kepada mereka berbeza sekali.

Adakah saya akan dibebankan dosa dengan perkara sebegini?

Mohon pencerahan. Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0309 Gambar/video utk renungan,tapi ada gambar X elok?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Dimaklumi bahawa menyebarkan sesuatu bahan, yang mengandungi gambar2 haram, tanpa apa2 tujuan syar'ie adalah haram, dan termasuk dalam umum ayat Quran:
Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perkara keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. (An-Nur: 19).

2) Jika menyebarkan sesuatu yg bermanfaat, dengan motif yg baik spt dakwah, menyebar ilmu, tetapi terselit di sana bahan2 yg haram yg tidak dapat dielakkan, maka hukumnya adalah HARUS, kerana sudut maslahat lebih kuat dan diutamakan.

Hukumnya samalah dengan menyebarkan surat khabar atau majalah yg tujuan utamanya ialah berita, dan maklumat bermanfaat, tetapi terkandung di dalamnya gambar2 wanita yg tidak menutup aurat dll.
lihat Jawapan Sami Abdul Aziz, tenaga pengajar di Univ Islam Muhammad bin Saud.
http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=4058