Salam buat Semua
Saya terlafaz perkataan Aku ceraikan kau kepada isteri. Sekarang ini ingin rujuk semula. Berasaskan rukun rujuk iaitu:-
'Rukun pertama, suami hendaklah seorang yang baligh. Tidak sah rujuk bagi suami yang belum baligh. Suami hendaklah seorang berakal dan tidak sah rujuk sekiranya suami dalam keadaan gila. Suami merujuk isteri hendaklah dengan sukarela. Tidak sah rujuk jika suami dipaksa dan ketika rujuk, suami hendaklah kekal dalam Islam. Rukun kedua, isteri hendaklah disetubuhi sebelum berlaku perceraian. Tidak boleh merujuk isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi kerana isteri. Rukun ketiga, sighah (lafaz) hendaklah menggunakan perkataan yang menunjukkan dituju kepada isteri seperti ‘engkau’ atau ‘nama isteri itu’ atau dengan isyarat tunjuk kepada isteri. Sighah itu pula tidak boleh digantungkan'
Saya kurang faham dengan rukun kedua iaitu isteri hendaklah disetubuhi sebelum melakukan perceraian. Bagaimana jika saya dan isteri sudah lama tidak melakukan hubungan seks? Adakah masih boleh dirujuk dengan kerelaan isteri?
Harap dapat tunjuk ajar , kerana sebenarnya saya masih bersama isteri dan anak2 sekarang.. Terimakasih.
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Maksud rukun tersebut ialah isteri yang diceraikan itu pernah disetubuhi dalam perkahwinan mereka. Maka barulah sah rujuk. Kerana, isteri yang tidak pernah disetubuhi oleh suami sejak awal perkahwinan, jika diceraikan, tidak ada iddah baginya.
Sebagaimana firman Allah Taala:
Ëõãøó ØóáøóÞúÊõãõæåõäøó ãöä ÞóÈúáö Ãóä ÊóãóÓøõæåõäøó ÝóãóÇ áóßõãú Úóáóíúåöäøó ãöäú ÚöÏøóÉò ÊóÚúÊóÏøõæäóåóÇ
Maksudnya: kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang iddah yang kamu boleh hitungkan masanya. (Al-Ahzab: 49).
Ayat tersebut mengatakan wanita yang diceraikan sedangkan belum disetubuhi tidak ada iddah baginya. Apabila tidak ada iddah, maka tidak boleh juga merujuknya, sebagaimana firman Allah:
æóÈõÚõæáóÊõåõäøó ÃóÍóÞøõ ÈöÑóÏøöåöäøó Ýöí Ðóáößó Åöäú ÃóÑóÇÏõæÇú ÅöÕúáÇóÍðÇ
Maksudnya: Dan suami-suami mereka lebih berhak merujuki mereka dalam tempoh menanti itu. (Al-Baqarah: 228).
Jadi, dalam kes saudara, saudara masih boleh merujuki isteri saudara selagi dalam tempoh iddah. Kerana sebagaimana saudara sebutkan, pernah melakukan hubungan seks dengan isteri cuma sudah lama tidak melakukannya.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com