SJ-13-0326 : Kenapa Laki2 Tidak Dibenarkan Memakai Emas

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0326 : Kenapa Laki2 Tidak Dibenarkan Memakai Emas

Ada non muslim tanya kenapa orang lelaki tak leh pakai emas dan sutera..
Ada hujah yg hebat tak?

SJ-13-0326 : Kenapa Laki2 Tidak Dibenarkan Memakai Emas

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Hikmah yang sebenarnya bagi seorang Muslim ialah: tunduk dan patuh kepada perintah Allah Taala. Sebagaimana firmanNya:
"Dan tidak patut bagi lelaki mukmin dan wanita mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya membuat satu ketetapan, maka ada lagi pilihan lain tentang urusan mereka". (Al-Ahzab: 36).

2- Kerana wanita adalah perhiasan, maka diberikan kelonggaran kepada mereka memakai emas dan sutera yang merupakan perhiasan yang paling tinggi. Manakala lelaki, dengan sifat kelelakiannya, tidak ada keperluan untuk menambah hiasan yang ada pada dirinya. Dan perhiasan2 itu tidak sesuai dengan sifat kelelakian seseorang lelaki.

Sebab itu dalam Quran, Tuhan menyebut 'hilyah' (perhiasan) dan ditafsirkan sebagai 'wanita' sebagaimana firman Allah:
"Dan adakah patut orang yang dibesarkan dalam perhiasan, sedangkan dia tidak dapat memberi alasan terang dalam pertengkaran?" (Al-Zukhruf: 18).

Mujahid berkata: "Diberi kelonggaran bagi wanita memakai sutera dan emas". Kemudian beliau membaca ayat di atas, dan menafsirkan 'perhiasan' sebagai 'wanita'. Tafsir Tabari 21/579.

3- Ada juga sesetengah penulis yang mendakwa ada hikmah dari sudut saintifik, contohnya: memakai emas bagi lelaki akan melemahkan syahwat, dan boleh membawa penyakit, tetapi tidak bagi wanita. Namun, setakat ini kami masih belum menjumpai bukti kukuh dari kajian yang dipercayai tentang perihal ini.

Wallahu A'lam.