SJ-13-0339 : Masalah Nabi Khidir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0339 : Masalah Nabi Khidir

Assalamu'alaikum.

Benarkah Nabi Isa masih hidup?

Menurut Haron Din, sebagaimana yg dia tulis pd site Harakahdaily
"Bersama Dr Haron: Khaidir hanya seorang Nabi
Dato' Dr Haron Din
Fri | Oct 26, 07 | 11:18:35 am
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-agama/bersama-dr-haron-khaidir-hanya-seorang-nabi.html
kalau Allah nak memanjangkan umur sesiapa,
nescaya Allah panjangkan umur Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu, mustahil Nabi Khidir masih hidup.

Jika begini, nescayua Nabi Isa juga mustahil masih hidup/
Minta penjelasan...

Dlm Keraguan

SJ-13-0339 : Masalah Nabi Khidir

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Apa yang dikatakan oleh Dr Haron Din berkenaan Khidhir sudah wafat, itulah yang sahih di sisi ahli tahqiq. Malahan Imam Qurtubi dalam tafsirnya (11/41) menisbahkan kepada pendapat majoriti ulama. Ia juga pendapat al-Hasan, Imam Bukhari Bukhari, Imam Ahmad, Ibrahim al-Harbiy dan ramai salaf. Dan hujjah pendapat ini adalah kuat daripada zahir Quran dan sunnah Nabi SAW.

Cukuplah dalil yang paling kuat, firman Allah Taala:

æãÇ ÌÚáäÇ áÈÔÑ ãä ÞÈáß ÇáÎáÏ
Maksudnya: “Dan Kami tidak menjadikan bagi seseorang manusia sebelum kamu kekal.” (Al-Anbiya: 34).

Adapun Nabi Isa a.s, baginda diKECUALIkan daripada umum ayat ini kerana nas yang sarih daripada al-Quran dan hadis-hadis sahih menunjukkan baginda akan turun pada akhir zaman.

(Sebahagian dalilnya ada di dalam link yang anda sebut, iaitu komen pembaca yg bertajuk: DALIL TURUNNYA NABI ISA dyang dihantar oleh WAN RASHID MOHAMMAD).

Manakala Khidhir, tiada nas dari Quran mahupun sunnah menunjukkan beliau dikekalkan dan tak dimatikan. Maka hendaklah dipegang umum al-Quran yang mengatakan manusia sebelum Muhammad tiada yang dikekalkan.

Kaedah menyebut: “Sesuatu umum wajib dikekalkan umumnya. Apa yang dikecualikan dengan nas, terkeluar daripada umum, dan yang lain tetap kekal dengan umumnya sebagai hujah.”

Wallahu A'lam.

rujuk perbahasan panjang tentang perkara ini dalam:
- Adhwa al-Bayan; Syeikh Syanqiti rahimahullah 4/172
- Tafsir Qurtubi 11/42