SJ-13-0367 : Beberapa terminologi 'arab

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0367 : Beberapa terminologi 'arab

:salam

Maaf sbb tanya di ruang ni instead of soalan fiqh. Masalahnya, x de org kat sini yg tau bahasa 'arab. Minta ahli panel nyatakan satu perkataan/frasa equivalent dlm lughatul'arabia bagi perihal di bwh. Syukran jazilan :8:

a) Keperluan mengutamakan dalil naqli drpd 'aqli; cth: pengharaman pork @ jaga aurat ~ sbb Allah suruh, instead of scientific reasoning

b) Menyoal-siasat seseorg utk mencari kelemahan/aibnya, bukan utk ilmunya

c) Menyoal perkara2 yg melampau/ x relevant / x perlu ditanya, cth: 'kenapa qadha' & qadar mesti gitu gini... ?' dsb. (Kalu x silap, dlm Hebrew dipanggil 'chukkim' = law for unknown reason)

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0367 : Beberapa terminologi 'arab

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Soalan ini tidak dapat difahami dengan jelas. Jadi, jawapan ini sekadar apa yang difahami. Harap panel lain dapat membantu.

Quote:
a) Keperluan mengutamakan dalil naqli drpd 'aqli; cth: pengharaman pork @ jaga aurat ~ sbb Allah suruh, instead of scientific reasoning

a) Perkataannya dalam Bahasa Arab ialah at-ta'abbudi (ÇáÊÚÈÏí)
at-ta'abbudi ialah perlaksanaan perintah Allah SWT dan Rasul SAW yang mesti ditunaikan dan ditaati tanpa perlu berfikir dan mencari sebabnya.

Quote:
b) Menyoal-siasat seseorg utk mencari kelemahan/aibnya, bukan utk ilmunya

b) Perkataannya dalam Bahasa Arab ialah at-tajassus (ÇáÊÌÓÓ)
at-tajassus ialah menyiasat atau mengintip seseorang samada untuk tujuan baik atau tidak. Larangan tajassus yang tidak baik terdapat di dalam Surah al-Hujurat: 12.

Quote:
c) Menyoal perkara2 yg melampau/ x relevant / x perlu ditanya, cth: 'kenapa qadha' & qadar mesti gitu gini... ?' dsb. (Kalu x silap, dlm Hebrew dipanggil 'chukkim' = law for unknown reason)

c) Perkataannya dalam Bahasa Arab ialah ghair al-mu'allalah (ÛíÑ ÇáãÚááÉ)
ghair al-mu'allalah ialah hukum-hakam yang tidak diketahui sebab atau 'llahnya.

Wallahu a3lam