1.Apakah status hadis ini?
"Jangan kamu semua mengagungkan aku, sebagaimana orang-orang Nasrani (Kristian) mengagung-agungkan anak Maryam (Isa a.s.). Sesungguhnya aku hamba Allah, maka katakanlah aku hamba Allah dan rasul-Nya"-Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
2.Adakah Para Sahabat pernah meraikan hari kelahiran nabi s.a.w?
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1) Hadis tersebut adalah hadis Bukhari (no: 3261), maka sudah pasti ia adalah SAHIH. Cuma, terjemahan 'mengagungkan' kurang tepat. Yang lebih tepat, kalimah áÇ ÊØÑæäí membawa maksud: Jangan melampau dalam memuji.
2) Merayakan hari maulid Nabi SAW setahun sekali iaitu pada bulan rabiul awwal, tidak pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat ataupun tabieen. Lihat jawapan lepas di sini: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26605
Yang ada ialah Nabi maraikan hari kelahirannya pada hari ISNIN, dan cara meraikan hari kelahirannya baginda BERPUASA sunat pada hari Isnin. Jadi, jika kita mahu mengikuti sunnah baginda dalam meraikan mauwlid baginda, maka ikutilah sunnah baginda iaitu berpuasa pada hari Isnin.
Kerana, kita dapati syarak tidak membesarkan TARIKH kelahiran baginda, sebaliknya membesarkan HARI kelahiran baginda iaitu hari Isnin.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com