:salam
soalan ana ni berkaitan ngan sirah..jadi ana tak pasti nak letak mana..
1.sahabat ana ada khabarkan pada ana bahawa tareqat yang betul mestilah ada susur galur dari rasulullah s.a.w..ana musykil..benarkah?tapi ini bukan soalan utama..
2.sejak bilakah seseuatu jemaah,gerakan islam menggunakan konsep perlulah ajaran mereka diketuai oleh insan-insan yang bersalasilah dr Nabi Muhammad s.a.w. sebab klau nak dilihat syiah pun guna konsep yang sama
3.ada tak cth tareqat yang ana boleh bandingkan maksudnya contoh perbandingan?
asif andai soalan ini tak kena.tak sesuai dan tak di alu-alukan
syukran kathiran
Salam....
Persoalan mengenai tarekat dan kesufian ini telah pun di bahaskan dan dijawab...
Tarekat ini adalah satu jalan yang dicari-cari oleh segelintir masyarakat yang kononnya ingin mendekatkan diri dengan Allah swt disamping menyucikan hati daripada noda dan dosa melalui amalan zikir dan bacaan-bacaan atau ratib tertentu.
Secara ringkasnya , bila sebut tentang tarekat ia akan terkait dengan amalan kesufian... Amalan kesufian inilah yang mewajibkan sesuatu jemaah atau gerakan Islam itu mestilah diketuai oleh mereka-mereka yang berketurunan atau bersalasilah dari Nabi Muhammad saw.Kebanyakkan mereka ini mendakwa berketurunan sayyed dari kalangan ahlu baiit....Ini kerana mereka mendakwa bahawa hanya orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah saw sahaja yang membawa amalan zikir dan doa-doa yang berasal dari Rasulullah saw... Ini lah satu dakwaan yang telah menjadikan pengikut-pengikutnya ta'sub kepada pemimpin tersebut atas alasan bahawa jemaah merekalah yang mengamalkan amalan yang sahih berasal dari Rasulullah saw lagi dipercayaai...
Nasihat kami , carilah amalan yang selari dengan Sunnah Rasulullah saw.... Elakkan daripada terpengaruh dengan mana-mana jemaah yang mempromosikan sesuatu tarekat yang mana ada antara promosinya ialah boleh masuk syurga dengan zikir-zikir tertentu....
Apa yang penting , setiap amalan yang sahih datangnya dari Nabi saw , adalah amalan yang dituntut untuk diamalkan....Yang paling mudah ialah dapatkan buku Hisnul Muslim yang disusun oleh al-Qahtani , yang mana dalamnya terdapat himpunan zikir dan doa-doa tertentu yang sahih dari Rasulullah saw....
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com