SJ-13-0436 : Teguran kepada ibu bapa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0436 : Teguran kepada ibu bapa

:salam

adakah dikira menderhaka pada ibubapa sekiranya kita menegur mereka sehingga mereka berkecil hati walaupun teguran tu lemah lembut,ini kerana mereka melakukan penganiayaan dan tindakan zalim mereka terhadap anak-anaknya?

ini kerana mengikut dalil al duran tentang kewajipan untuk melindungi keluarga dari api neraka..tapi masa yang sama bimbang menderhaka terhadap mereka..

adakah tindakan sabar serta tetap mendoakan mereka moga Allah mengampuni mereka disamping kita tidak dapat mengecapi kasih sayang sebenar(kerana ketidakadilan mereka) adalah jalan terbaik?

asif ::roll: ::roll:

:wassalam [i]

SJ-13-0436 : Teguran kepada ibu bapa

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Mentaati ibu dan bapa dalam apa jua keadaan (kecuali kepada perkara maksiat kepada Allah swt) adalah perkara yang dituntut oleh Islam.Malah jika sekiranya kita disuruh melakukan perkara yang tidak disukai oleh kita selagi mana tidak bertentangan dengan syarak , juga merupakan suatu tanggungjawab kita untuk melaksanakan perintah tersebut.

Menyakiti dan membuatkan ibu bapa berkecil hati adalah suatu perkara yang dilarang oleh Allah swt sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Israk ayat 23 :

æóÞóÖóì ÑóÈøõßó ÃóáøóÇ ÊóÚúÈõÏõæÇ ÅöáøóÇ ÅöíøóÇåõ æóÈöÇáúæóÇáöÏóíúäö ÅöÍúÓóÇäðÇ ÅöãøóÇ íóÈúáõÛóäøó ÚöäúÏóßó ÇáúßöÈóÑó ÃóÍóÏõåõãóÇ Ãóæú ßöáóÇåõãóÇ ÝóáóÇ ÊóÞõáú áóåõãóÇ ÃõÝøò æóáóÇ ÊóäúåóÑúåõãóÇ æóÞõáú áóåõãóÇ ÞóæúáðÇ ßóÑöíãðÇ

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”

Ayat di atas jelas menunjukkan perintah supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyebabkan kedua ibu dan bapa merasa berkecil hati dan sebagainya.Malah Islam menuntut penganutnya supaya melafazkan ucapan yang baik dan mulia kepada mereka.

Mengenai dengan tindakan mereka yang melakukan penganiyaan kepada anak-anak , kami menasihati saudara agar menggunakan khidmat atau bantuan orang ketiga dalam menasihati dan menegur tindakan mereka tersebut.Ini kerana dibimbangi tindakan kita menegur mereka walaupun dengan cara yang lemah lembut akan membuatkan mereka berkecil hati dan sebagainya.Mungkin dengan khidmat orang ketiga masalah menyinggung perasaan mereka dapat dielakkan.Pilihlah orang yang disegani dan dihormati oleh mereka supaya nasihat tersebut lebih dapat diterima oleh mereka.

Quote:
adakah tindakan sabar serta tetap mendoakan mereka moga Allah mengampuni mereka disamping kita tidak dapat mengecapi kasih sayang sebenar(kerana ketidakadilan mereka) adalah jalan terbaik?

Memang itulah tindakan dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh saudara.Ini kerana , mendoakan kesejahteraan ibu bapa adalah suatu perbuatan yang disuruh oleh Islam lantaran jasa dan pengorbanan mereka yang terlalu besar kepada kita semua dalam mendidik dan memelihara kita sewaktu kecil yang memang tidak terbalas dengan wang ringgit..Semoga dengan doa tersebut akan membuatkan ibu dan bapa kita menjadi insan yang terbaik dan dirahmati Allah ‘Azza wajalla.

Sabar dengan setiap kerenah ibu bapa adalah perlu.Bayangkan , bagaimana mereka juga terpaksa bersabar dengan segala kerenah kita diwaktu kecil.Merendah diri dengan sepenuh keikhlasan kepada mereka juga adalah suatu tanggungjawab seorang anak kepada ibu dan bapanya sebagaimana friman Allah swt dalam surah al-Israk ayat 24 :

æóÇÎúÝöÖú áóåõãóÇ ÌóäóÇÍó ÇáÐøõáøö ãöäó ÇáÑøóÍúãóÉö æóÞõáú ÑóÈøö ÇÑúÍóãúåõãóÇ ßóãóÇ ÑóÈøóíóÇäöí ÕóÛöíÑðÇ

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com