SJ-13-0442 : BERCAKAP DI DALAM MASJID

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0442 : BERCAKAP DI DALAM MASJID

:salam

Alhamdulillah, hari itu saya mencari penjelasan mengenai isu ini dan menemui jawapan yang disediakan syeikh Abu Syu'aib. di sini : SJ-13-0419

Namun ada sedikit kekeliruan apabila ada pihak menggunakan dalil dari surah al-jinn ayat 18 yang katanya mengharamkan secara total percakapan dalam urusan keduniaan. Mohon penjelasan ustaz

SJ-13-0442 : BERCAKAP DI DALAM MASJID

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Surah Al-Jinn Ayat 18:

æóÃóäøó ÇáúãóÓóÇÌöÏó áöáøóåö ÝóáóÇ ÊóÏúÚõæÇ ãóÚó Çááøóåö ÃóÍóÏðÇ

Maksudnya: Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah.

1) Tafsiran yang paling masyhur ialah: Kaum Yahudi dan Nasrani apabila mereka masuk ke tempat-tempat ibadah mereka, mereka melakukan syirik kepada Allah Taala. Lalu Allah memerintahkan agar tempat ibadah Muslimin (Masjid) mestilah khas untuk Tauhid kepadaNya. (Tafsir Qurtubi 19/22, Tafsir Ibn Kathir 8/244)

Maka tidak ada dalil dalam ayat ini melarang bercakap dalam masjid, selagi ia percakapan harus.

2) Jika diambil istinbat bahawa ia termasuk larangan melakukan perkara-perkara dunia di dalam masjid, maka mestilah ia ditafsirkan dengan hadis-hadis yang berkaitan. Contohnya: Larangan Nabi SAW daripada berjual beli dalam masjid, dan larangan membuat iklan barangan hilang.

Manakala bercakap tentang perkara yang harus, tidak ada larangan daripada sunnah SAW. Apatah lagi ada hadis yang menyebut sahabat2 Nabi SAW bercakap-cakap dan ketawa dalam masjid, seperti:

ßÇä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã áÇ íÞæã ãä ãÕáÇå ÇáÐí Õáì Ýíå ÇáÕÈÍ ÍÊì ÊØáÚ ÇáÔãÓ ÝÅÐÇ ØáÚÊ ÞÇã¡ æßÇäæÇ íÊÍÏËæä ÝíÃÎÐæä Ýí ÃãÑ ÇáÌÇåáíå ÝíÖÍßæä æíÊÈÓã

Nabi s.a.w. tidak bangun dari tempat solat fajarnya sehinggalah naiknya matahari, apabila matahari naik Nabipun bangun, dan mereka bercakap-cakap perihal jahiliyyah lalu mereka ketawa dan Nabi pun tersenyum.. (Muslim)

Wallahu A'lam.