SJ-13-0450 : Cara meMohon maaf kepada Insan.

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0450 : Cara meMohon maaf kepada Insan.

:salam ana ucpkan , ana mahu bertanya

1) adakh perlu kita memohn maaf kepada seseorang dengan menyatakan sekali kepadanya ap yg kita umpatkan/lakukan kejahatan kepadanya tanpa pengetahuannya atau sekadar memohon maaf sahaja kepadanya tanpa memberitahu ap yg kita umpat/lakukan kejahatan kepadanya tanpa pengetahuannya kepada dirinya.?

Jazakallahhukhairankathira. ::roll:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0450 : Cara meMohon maaf kepada Insan.

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Jika kesalahan terhadapnya berbentuk harta benda, maka mestilah dipulangkan balik kepadanya.

- Jika kesalahan terhadapnya berbentuk umpatan, maka ada ulama mendetailkan permasalahan.

i) Sekiranya dia mengetahui bahawa kita mengumpatnya, maka mestilah kita memohon halal daripadanya.

Sabda Nabi SAW:

ãä ßÇäÊ áå ãÙáãÉ áÃÍÏ ãä ÚÑÖå Ãæ ÔíÁ ÝáíÊÍááå ãäå Çáíæã ÞÈá Ãä áÇ íßæä ÏíäÇÑ æáÇ ÏÑåã Åä ßÇä áå Úãá ÕÇáÍ ÃÎÐ ãäå ÈÞÏÑ ãÙáãÊå æÅä áã Êßä áå ÍÓäÇÊ ÃÎÐ ãä ÓíÆÇÊ ÕÇÍÈå ÝÍãá Úáíå

Maksudnya: "Sesiapa yang mempunyai kezaliman terhadap seseorang pada maruahnya atau sesuatu daripadanya, maka hendaklah memintanya dihalalkan pada hari ini, sebelum datangnya hari tiada lagi dinar dan dirham. Jika dia mempunyai amalan soleh, diambil sebahagiannya sekadar kezaliman yang dilakukan. Jika dia tidak mempunyai amalan kebaikan, maka diambil kejahatan mangsa zalim, dan ditanggung ke atasnya".
Direkod oleh Bukhari (no: 2317).

ii) Sekiranya dia tidak mengetahui kesalahan (umpatan) kita terhadapnya, maka ada dua pendapat ulama.
Ada yang mengatakan: Wajib diberitahu kepadanya.
Ada yang mengatakan: Tidak wajib diberitahu kepadanya. Cukup dengan kita bertaubat dan beristighfar kepada orang tersebut. Sebagaimana dahulu kita menyebut keburukannya di belakangnya, maka kita gantikan dengan menyebut kebaikannya di belakangnya. Inilah pendapat yang dipilih oleh kebanyakan ulama dan disahihkah oleh Ibn Taimiyyah.

Dan inilah yang disebut oleh Hasan Basri: Kaffarah bagi umpatan ialah beristighfar kepada orang yang diumpat itu.

Pendapat ini juga kena dengan maslahah dan mengelakkan mudarat, kerana jika diberitahu kepada mangsa umpatan apa yang kita katakan kepadanya, ia mungkin akan menimbulkan kemarahan dan perkelahian antara kita dengannya. Maka sebaiknya tidak perlu menimbulkan masalah ini.

Wallahu A'lam.

rujukan:
- Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah