SJ-13-0466 : maut = makhluk ALLAH ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0466 : maut = makhluk ALLAH ?

:wassalam

ahli panel yang dirahmati Allah sekelian.

1 ) benarkah maut dikategorikan sebagai makhluk Allah jua

2) benarkah perkara makhruh yang kita kerap buat lama2 boleh jadi haram ?

3) dalam mazhab syafie hukum menyentuh yang bukan mahram membatalkan wuduk . Adakah perbahasan ' sentuhan dengan bersyahwat ataupun tidak dalam perkara membatalkan wuduk ini' menjadi istinbat mereka ?

syukran atas pertolongan ilmu yang diberi.

SJ-13-0466 : maut = makhluk ALLAH ?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Jawapannya dalam Firman ALlah Taala:

ÇáøóÐöí ÎóáóÞó ÇáúãóæúÊó æóÇáúÍóíóÇÉó áöíóÈúáõæóßõãú Ãóíøõßõãú ÃóÍúÓóäõ ÚóãóáðÇ

Maksudnya: (Dia) Yang menciptakan kematian dan kehidupan, untuk menguji kamu siapakah antara kamu yang paling baik amalan. (Al-Mulk: 2).

Kata Ibn Katsir: Ayat ini menjadi dalil bagi mereka yang mengatakan kematian adalah perkara wujudi, kerana ia adalah makhluk. (Tafsir Ibn Katsir 8/176).

2) Ada ulama yang berpandangan demikian. Antaranya Imam Syatibi mengatakan bahawa secara keseluruhan, perbuatan makruh tidak ada dosa atas pelakunya. Kecuali jika terdapat perkara luaran yang menyebabkan mendapat dosa, seperti berterusan melakukan perkara makruh. Kerana, berterusan melakukan dosa kecil menjadi dosa besar, dan berterusan melakukan makruh akan menjadi dosa kecil. (Al-I'tishom hlmn: 126)

Dalam fatwa Syeikh Soleh Fauzan: Berterusan melakukan perkara makruh tidak bertukar menjadi haram. Tetapi ia boleh menjadi wasilah kepada perbuatan haram. Jika ternyata ia menjadi wasilah kepada perkara haram, maka ia menjadi haram. (Al-Muntaqa min Fatawa Fauzan no: 273).

3) Mazhab Syafie tidak membezakan sentuhan dengan syahwat ataupun bukan dengan syahwat. Ayat 43 Surah Al-Nisa' dinilai sebagai dalil umum merangkumi sentuhan syahwat atau tidak.

Mazhab Malik dan Ahmad mengkhususkan ayat itu dengan sentuhan syahwat. Maka sentuhan tanpa syahwat tidak membatalkan wudhuk.

Wallahu A'lam.