SJ-13-0469 : Hukum menggantung gambar keluarga di rumah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0469 : Hukum menggantung gambar keluarga di rumah

ust jawhar..ada soal jawab yg d tnya brkaitan mggantung gambar keluarga d umah. sy bce ust mnjawab harus brdasarkn pndapat qardhawi dlm mgambil gambar..apakh dia brpndapat yg sama dlm soal mggantung gambar d dinding umah? msalahnya ada nas yg mlarang..cuma nk kepastian je.

maaf tnya kt sni..kbutulan nmpak ust d sni

SJ-13-0469 : Hukum menggantung gambar keluarga di rumah

kaki wrote:
ust jawhar..ada soal jawab yg d tnya brkaitan mggantung gambar keluarga d umah. sy bce ust mnjawab harus brdasarkn pndapat qardhawi dlm mgambil gambar..apakh dia brpndapat yg sama dlm soal mggantung gambar d dinding umah? msalahnya ada nas yg mlarang..cuma nk kepastian je.

maaf tnya kt sni..kbutulan nmpak ust d sni

[Maaf dipinta kepada MOD , off Topic , sekadar menjawab persoalan diatas]

Salam ,

Secara umumnya , hukum menggantung gambar yang di ambil dari kamera juga adalah harus asal sahaja ianya bukan gambar-gambar yang menyalahi syarak seperti yang telah saya sebut kan dalam soal jawab tersebut.

Kata Dr Yusof Al-Qaradhawi , yang dimaksdukan dengan hadis larangan mengenai gambar tersebut ialah gambar-gambar yang dipahat atau dilukis.Sedangkan gambar-gambar yang di ambil dengan menggunakan kamera ialah hasil daripada gambar yang ditangkap dengan menggunakan sinar , seperti mana pendapat Asy-Syaikh Muhammad Bakhit , Mantan Mufti Mesir yang dinukilkan oleh Dr.Yusof al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-haram fil Islam menyebutkan bahawa :

Menggambar dengan alat fotografi (kamera) adalah ibarat menangkap bayangan dengan cara-cara yang telah dimaklumi oleh ahli-ahli fotografi , dan ia sama sekali bukanlah dari perkara menggambar yang dilarang oleh Islam.Ini kerana juga menggambar/melukis / memahat objek yang dilarang dalam hadis-hadis larangan itu ialah ingin menandingi atau melawan ciptaan Allah swt.Pengertian itu sama sekali tidak wujud pada mengambil gambar dengan alat fotografi seperti kamera dan sebagainya.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com