SJ-13-0477 : Pokok buahan di kawasan perumahan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0477 : Pokok buahan di kawasan perumahan

Assalamualaikum,

Di hadapan rumah-rumah tempat tinggal saya, di tepi jalan, ditanam pokok buah-buahan seperti mangga, rambutan dan sukun. Lorong berlainan, jenis pokok berlainan. Kemungkinan yg menanam ialah pemaju perumahan. Apa hukum kami memakan buah-buahan itu?

Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0477 : Pokok buahan di kawasan perumahan

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Ringkasnya , buah-buahan tersebut boleh dimakan sekiranya tuan atau pemiliknya iaitu Pemaju perumahan tersebut memberikan keizinan secara lisan atau bertulis kepada pemilik-pemilik rumah di taman perumahan tersebut untuk memanfaatkan tanaman tersebut.

Sekiranya keizinan tidak diperolehi , maka hukumnya adalah kembali kepada hukum asal dalam masalah hak iaitu :

"Setiap yang bukan kepunyaan atau milik kita adalah dilarang untuk dimanfaatkan atau mengambil manfaat darinya melainkan dengan keizinan"

Ia juga berdasarkan bahawa , setiap yang terdapat dalam kawasan rumah adalah menjadi milik tuan punya rumah , manakala yang berada di luar kawasan pagar rumahnya adalah menjadi hak dan milik pemaju perumahan.

WA

ruj :

Al-Milkiah fi asy-Syari'ati al-Islamiah , Dirasah Muqaranah bil Qawanin wan Nuzm al-Wadh'iyyah , Asy-Syaikh Dr Abd Salam Daud al-'Abbadi.

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com