SJ-13-0488 : Korban yang mana?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0488 : Korban yang mana?

:salam

Jika seseorang hanya boleh berbuat satu daripada tiga pilihan di bawah, yang manakah yang lebih awla?

1. Berkorban seekor lembu = RM2,500

2. Berkorban wang (tambahan) yang diperlukan untuk re-finance kereta daripada pinjaman konvensional kepada Islamik = RM2,500-RM3,000

3. Berkorban wang untuk membantu kakak yang amat perlu menjalani pembedahan mata (kes kronik) tetapi menghadapi masalah kewangan = RM3,000

Pandangan panel2 di sini amat dihargai.

Jazakallah

SJ-13-0488 : Korban yang mana?

Salam...

Berdasarkan kepada contoh-contoh permasalahan di atas , dari sudut awlawiyyat nya (keutamaan) menurut Prof Dr Yusof al-Qaradhawi ialah perlu diberikan keutamaan kepada perkara-perkara yang dapat memberikan maslahah kepada umum , bukannya yang bersifat individu.

Makanya , kami berpendapat haruslah saudara mendahulukan pembedahan mata kakak saudara , yang mana ianya dapat memberikan kebaikan @ maslahah kepada kakak saudara (bersifat umum).Ini kerana dengan pembedahan tersebut akan dapat menyelamatkannya daripada buta dan sudah tentu akan menyukarkan kehidupannya , lebih-lebih lagi jika ia juga telah berkahwin.Sudah tentu dengan penderitaan dari penyakitnya akan menyebabkan urusan rumahtangganya tidak terurus dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya perceraian dan sebagainya.......

Selepas daripada itu ialah refinance kereta . Ini kerana mengelak dari terjerumus kepada perkara-perkara yang terdapat unsur riba adalah lebih patut didahulukan , lantaran terdapatnya larangan dan ancaman dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw terhadap golongan yang terlibat dengan riba.

Dan yang terakhir sekali ialah melakukan korban dihari raya 'IidilAdha yang mana korban ini adalah bersifat individu.

WA

Ruj :

Fiqh Awlawiyyat - Syaikh Dr.Yusof al-Qaradhawi.

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com