assalamualaikum kepada panel al ahkam.semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya.di sini,saya ada beberapa soalan kepada saudara.
1.sekiranya saya menjadi imam,adakah saya perlu niat zikir setiap kali takbir intiqalat?ini kerana ada pendapat ulama yang mengatakan solat kita tidak sah jika tidak bebrbuat demikian.benarkah?
2.pendapat manakah yang lebih kuat dalam konteks membaca basmalah semasa membaca al fatihah dalam solat?ada yang kata wajib dan ada yang kata tidak.adakah boleh berpegang kepada pendapat yang mengatakan tidak wajib ?
3.benarkah malaikat harut dan marut pernah melanggar perintah Allah ?
4.adakah orang kafir yang tidak sampai seruan dakwah akan masuk neraka?contohnya masyarakat cina yang ada di sekeliling kita.walaupun mereka tinggal di sekeliling kita tetapi kita tidak pernah mendakwah kepada mereka.
semoga panel al ahkam akan menjawab persoalan saya.sekian,terima kasih.
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1. Ucapan takbir dalam perbuatan intiqalat antara rukun itu sendiri adalah satu zikir. Sebagaimana bacaan-bacaan lain dalam solat. Tetapi jika diucapkan dengan menghayati makna zikir itu, ia lebih sempurna. Tetapi tidak disyaratkan meniatkan zikir secara khusus.
2. Khilaf dalam bacaan Basmalah, adalah khilaf yang muktabar. Ia berlaku sejak zaman salaf lagi.
Sesiapa yang memilih salah satu pendapat kerana berpuas hati dengan hujah yang dikemukakan ulama, maka sesungguhnya dia telah memilih salah satu pendapat yang muktabar. Sebagaimana kata-kata Imam Auzaie dalam masalah memberi salam kepada orang kafir, "Jika kamu memberi salam (kepada orang kafir), maka ada orang-orang soleh sebelum kamu pernah melakukannya. Dan jika kamu meninggalkannya, maka ada orang-orang soleh sebelum kamu meninggalkannya". (Tafsir Qurtubi 11/112).
Begitu juga dalam masalah membaca Fatihah di belakang imam, telah berkata Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Siddiq, "Jika kamu membaca, maka kamu mempunyai uswatun hasanah (ikutan yang baik) dari kalangan sahabat Rasulullah SAW. Dan jika kamu tidak membaca, maka kamu juga mempunyai uswatun hasanah dari kalangan sahabat Rasulullah SAW". (Jamik Bayan al-Ilm Wa Fadhlih no: 1690).
3. Harut dan Marut, adalah dua Malaikat, yang diturunkan oleh Allah ke Babilon dengan ilmu sihir, untuk menjadi ujian kepada hamba-hambaNya. Mereka tidak melakukan maksiat kepada Allah, tetapi hanya menurut perintah Allah yang mahu menguji hamba-hambanya dengan apa cara yang Dia kehendaki.
Cerita Harut dan Marut terdapat banyak versi yang bercanggahan, yang kebanyakannya adalah tokok-tambah yang tidak ada sandaran dalil.
4. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
æÇáÐí äÝÓ ãÍãÏ ÈíÏå áÇ íÓãÚ Èí ÃÍÏ ãä åÐå ÇáÃãÉ íåæÏí æáÇ äÕÑÇäí Ëã íãæÊ æáã íÄãä ÈÇáÐí ÃÑÓáÊ Èå ÅáÇ ßÇä ãä ÃÕÍÇÈ ÇáäÇÑ
Maksudnya, "Demi Yang diriku di tanganNya. Tidak ada seorang pun daripada umat ini mendengar tentang aku samada Yahudi atau Nasrani, kemudian dia tidak beriman dengan risalah yang dibawa olehku, kecuali dia adalah dari kalangan ahli neraka". Direkod dalam sahih Muslim (no: 153).
Orang yang tinggal di negara Islam, pernah mendengar tentang ajaran Islam dan tentang baginda, maka tidak ada keuzuran baginya jika enggan mengikut Agama Islam ini.
Kecuali jika dia tinggal di hutan belantara contohnya, dan tidak pernah sampai pun kepadanya pendakwah atau seruan dan tidak mengetahui langsung tentang Islam. Maka dia termasuk dalam hukum Ahli Fatrah.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com