SJ-13-0538 : Bagaimana Nabi SAW dikhatankan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0538 : Bagaimana Nabi SAW dikhatankan

salam ustaz, mohon jawapan daripada soalan di atas. sekian terima kasih.
salam

SJ-13-0538 : Bagaimana Nabi SAW dikhatankan

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah sallaLlahu 'alaihi wasallam,

Terdapat 3 pendapat dalam perkara ini:

1- Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam dilahirkan dalam keadaan telah siap berkhatan. Pendapat ini berdasarkan hadith yang tidak sahih.

2- Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam dikhatankan oleh para Malaikat semasa Baginda dibedah dada ketika dijaga oleh Halimah as-Sa'diah.

3. Baginda dikhatankan oleh datuknya Abdul Muttalib pada hari ketujuh kelahiran seperti adat masyarakat arab. Pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadith gharib. Kata Ibn Abd Barr:

æßÇä Úãæã åÐå ÇáÓøõäøóÉ ááÚÑÈ ÞÇØÈÉ ãÛäíÇð Úä äÞá ãÚíä ÝíåÇ

" Amalan (berkhatan) yang diamalkan oleh seluruh masyarakat arab sudah memadai tanpa perlu riwayat tertentu pada perkara ini (khatan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam) ".

Kesimpulannya: Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam dikhatankan mengikut cara masyarakat arab.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- Zadul Ma3ad: 1/81-82