SJ-13-0561 : Taubat Nasuha, Syaratnya

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0561 : Taubat Nasuha, Syaratnya

saya di dalam proses utk memenuhi tuntutan taubat nasuha, yg mana di antaranya mengembalikan hak2 org yg kita ambil, solat2 di samping yang lain2. soalan saya:

1. hak sesama manusia - menurut pemahaman sy, mengambil hak orang lain secara sengaja tanpa pengetahuan wajib dikembalikan atau diminta halal tak kira kita sudah akil-baligh maupun sudah. macamana dengan kalau sudah lost-contact sbb sudah lama, 10-30 thn dahulu? kalau ada jumpa pun, kita malu untuk mengaku kesalahan kita, dan cuma berkata nak bayar hutang dulu2 ttp mereka tidak mahu menerimanya kerana sudah lupa atau tidak ingat. sy juga memperbanyakkan sedeqah lebih dari jumlah yang diambil dengan harapan dapat diterima taubat sy? boleh kan begini?

2. solat qadha - sy juga paham solat yg ditnggalkan sengaja mengikut ibn taimiyyah tidak perlu diqada cukuplah bertaubat, besedeqah etc. kalau kita merasakan hendak qada' utk lebih selamat - benarkah ianya lebih kepada bid'aah?

Re: perihal taubatan nasuha - memenuhi syarat2 nya: mtk pendapat

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Syarat taubat nasuha daripada dosa yang berkaitan dengan hak orang lain, ialah mengembalikan balik hak tersebut kepada tuannya. Jika dia sudah mati, maka diserahkan kepada pewarisnya. Jika tiada pewaris atau tidak mengenalinya, diserahkan kepada qadhi. Jika tidak mampu, maka bersedekahlah dengan kadar hak tersebut dengan diniatkan sebagai pembayaran jika sekiranya dia masih ada.

Dalam mengembalikan hak ini tidak boleh merasa malu atau ego, sebagaimana sewaktu kita mengambil haknya dahulu kita tidak merasa malu melakukannya. Jika merasa payah untuk berterus terang, maka tidak perlulah diperincikan kesalahan kepadanya. Kerana yang utama ialah mengembalikan balik hak kepunyaannya.

2. Ini adalah persoalan khilaf feqah. Mengambil salah satu pendapat yang muktabar bukan bererti pendapat yang lain dikira bidaah. Dalam kes yang saudara ajukan, kalau saudara merasakan pendapat wajib qadha lebih selamat, maka beramallah dengannya.

Wallahu A'lam.