SJ-13-0582 : Bantuan (kepada Non-Muslim)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0582 : Bantuan (kepada Non-Muslim)

Salam.. ::D

Bencana alam sering melanda pada negara islam,namun begitu tidak terkecuali pada negara bukan islam. Apabila negara Islam dilanda bencana,ramai yang membantu termasuk negara² bukan islam. Mereka bantu dengan bersungguh². Bencana yang terjadi di Haiti,membuatkan saya terfikir. Dimanakah negara² islam untuk membantu?
Apakah hukum untuk membantu mereka(bukan islam) apabila dilanda bencana yang teruk.? Saya mohon penjelasan... dan apakah insiatif Al-Ahkam apabila berlaku lagi bencana pada mereka(bukan islam)? ::D

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Bantuan

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Agama Islam tidak melarang umatnya membantu mereka yang Non-Muslim. Kita lakukan bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Firman Allah swt :-

لَا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. "[Surah Mumtahanah : 8]

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah swt tidak melarang umat Islam membantu Non-Muslim yang tidak memusuhi Islam. Malah Asbabun Nuzul (sebab turun ayat) ini merujuk kepada Asma' bt Abu Bakar yang berkata "ayat ini turun berkenaan denganku, yang pada satu ketika mendapat kunjungan ibu kandungku Raghibah( yang belum Islam). Kemudian aku bertanya kepada Rasulullah :saw, 'Wahai Rasulullah, bolehkan aku menyambung silatulrahmi dengannya? Nabi menjawab : boleh".

Ulama' mengatakan, bantuan yang diberikan atas dasar sedekah, agar diberi ganjaran oleh Allah swt.

Soalan mengenai apakah inisiatif al-ahkam? Al-Ahkam hanyalah laman siber yang membicarakan persoalan fiqh dan sebagainya. Al-Ahkam bukanlah NGO dan badan pertubuhan yang didaftarkan. Dana al-ahkam hanyalah dari sumbangan orang ramai untuk menampung sewaan laman web ini.

Orang seperti anda yang merasa perlunya membantu mangsa-mangsa bencana ini, gunakan al-ahkam sebagai media alternatif! Hantarkan artikel anda dilaman al-ahkam. Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan anda. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين