SJ-14-0002 : Syarah Hadis mengenai wasiat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0002 : Syarah Hadis mengenai wasiat

Assalammualaikum
Wasiat Rasulullah saw.

Dari Thalhah bin Musharrif r.a katanya “Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa”Adakah Rasulullah saw berwasiat? Jawabnya “Tidak” Tanyaku”Kenapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat?” Jawab”Baginda berwasiat dengan Kitabullah ‘Azza wa Jalla (Al Quran)

Dari Aisyah r.a katanya “Rasulullah saw tidak meninggalkan harta warisan, walaupun agak sedinar, atau sedirham, tidak pula kambing, tidak pula unta, dan beliau tidak pula berwasiat sesuatu apa pun”

Dari Aswad bin Yazid r.a katanya ”Banyak orang berbicara dekat Aisyah r.a bahawa Ali menerima wasiat dari rasulullah saw. Lalu kata Aisyah “Bilakah beliau berwasiat kapadanya? Padahal waktu sakit, beliau bersandar ke badanku. Pada suatu ketika (sewaktu beliau sakit itu), beliau minta sebuah bejana, sesudah itu beliau rebah, dan aku tidak sedar bahawa beliau telah tiada. Nah, bila beliau berwasiat kepadanya?”

Dari Ibnu Abbas r.a katanya :”Ketika sakit Nabi saw bertambah keras sewaktu beliau akan meninggal, banyak orang berada di rumah beliau, diantaranya terdapat Umar bin Khaththab. Nabi saw. Bersabda”Kemari, aku bacakan kepada kalian suatu wasiat, hendaklah kalian tulis agar kalian tidak sesat sepeninggalanku”Lalu kata Umar”Tampaknya sakit beliau tambah keras. Bukankah kita telah mempunyai Al Quran? Cukuplah bagi kita Kitab Allah itu”Orang-orang yang berada sekitar beliau ketika itu berbeda pendapat, lalu mereka bertengkar. Ada yang mengatakan “Mendekatlah kepada beliau, supaya dibacakan beliau wasiat yang harus kamu tulis”Dan ada pula yang sependapat dengan Umar, sehingga mereka menjadi ribut dekat Rasulullah saw. Lalu beliau bersabda”Pergilah kalian dari sini”Kata Ubaidillah, Ibnu Abbas mengatakan bahawa :kerugian yang amat besar (bagi kaum muslimin) mereka gagal menulis pesan terakhir Rasulullah saw. Tersebut, kerana mereka bertengkar dan ribut di dekat Nabi saw yang sedang sakit keras”.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-14-0002 : Syarah Hadis mengenai wasiat

alJawab: salam

hadith-hadith yg din kumpulkan tu menjelaskan tiga hukum:

1. hukum wasiat kepada ahli waris yg layak menerima faraidh tidak perlu. Wasiat hanya kepada mereka yg tidak berhak menerima warisan. Lihat AQ 2:180-182
2. Kata Imam nawawi, Nabi saw tidak perlu berwasiat kerana baginda semua harta baginda diwaqafkan
3. tidak ada wasiat kepimpinan selepas baginda wafat. Pengganti baginda diserahkan kpd sahabat2 baginda. sekian