Assalamualaikum. Boleh tolong saya carikan petikan di bawah samada dari hadis atau mana2 riwayat.
"Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali."
Sekain. Terima kasih.
:wassalam
alJawab:
Kami yakini ianya palsu. kami akan berusaha menjejakinya dan jika ditemui, InsyaAllah akan dikhabarkan kemudian (KIV). kenapa kami berani berkata ia palsu? Kerana sekiranya meminta ma'af kepada ibubapa, suami-isteri dan penduduk sekitar itu benar dan syarat memasuki bulan Ramadhan, sudah tentu kita akan temui dalam kitab-kitab feqah, walhal tidak pernah dibincangkan. sekian
Assalamu'alaikum. Alhamdulillah.
Sekadar tambahan, Kemungkinan hadith yang hampir kepada hadith diatas adalah seperti berikut :
Dari Abu Hurairah ra. berkata :-
Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-
a. berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup
b. lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon banyak2 agar Allah mengampunkan dosa2 kita didalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong.
c. seseorang yang apabila disebut Nabi :saw kepadanya. langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong!!
Sekian, wassalam
خيرالأمين