Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-
1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!
:salam
Minta pencerahan tentang hadith ini... adakah ianya sahih? :eeeek:
:wassalam
Artikel itu tidak menyebut ianya hadith. Kalau pengarangnya mendakwa fadhilat-fadhilat tsb adalah hadith, maka dia hendaklah membuktikannya. Ini kerana secara sepintas lalu, kami tidak menganggapnya hadith kerana susunan dan isikandungannya bercanggah dengan akal sihat dan merendahkan martabat wanita. WA