SJ-14-0066 : Status hadith bercanggah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0066 : Status hadith bercanggah

:salam

i) Apakah kaifiat bg seorg muttabi' dlm mengimani satu2 hadith, terutamanya yg saling bercanggah darjatnya mengikut tahqiqan pelbagai muhaddithin? Ada bbrp ahlul hadith mengangkat sesuatu hadith itu sbg sahih, ada pula yg lain mendhaifkan hadith yg sama. Ada pula yg sampai menstatuskan hadith tsb sbg mungkar, maudhu', dsb.

ii) Kalau sy ambil pendapat yg mengatakkannya sahih hanya kerana hadith tsb mengutarakan hukum yg mudah. Ataupun, kalau ada satu hukum yg agak berat, sedangkan ditahqiq antara sahih dan maudhu', maka saya pilih maudhu' sbb nak elak dari mengamalkannya.. Boleh ke??

jkk

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-14-0066 : Status hadith bercanggah

1- Pada asalnya, tidak seharusnya berlaku percanggahan yang sama kuat antara kesahihan sesuatu hadith atau kedhaifannya. Bahkan kalau kita melihat kepada kajian praktikal, sebenarnya salafussoleh tidak banyak bercanggah dalam menilai sesuatu hadith. percanggahan mula berlaku apabila golongan terkemudian menilai kembali sesuatu hadith dan tidak mengambil pendapat ulama hadith terdahulu yang lebih tahu dan lebih tinggi ilmunya. maka tugas kita ialah mencari pendapat yg paling baik dan paling kuat. kebiasaannya pendapat terbaik adalah pendapat ulama yg terdahulu terutama ulama kurun kedua, ketiga dan awal keempat hijrah.

2- pemilihan cara kedua ini tidak dianjurkan. sebenarnya kita boleh menyelesaikan masalah dgn beberapa langkah:

- mengutamakan hadith2 sahih Bukhari dan sahih Muslim.
- mengutamakan hadith2 digunakan oleh ulama hadith terdahulu dalam buku2 hadith hukum.
- mengenal pasti hadith2 palsu dengan melihat buku2 yg mengumpulkan hadith2 palsu seperti buku Drs. Abd. Ghani Azmi Idris, himpunan hadith2 dhaif dan palsu
- sering bertanya kpd orang2 yg kita anggap tahu dalam hadith.

amat tidak digalakkan kita menilai kesahihan hadith tanpa merujuk kepada kajian kerana berkemungkinan besar kita tersalah lalu menolak hadith yang sahih atau menrima hadith yang dhaif. bertanyalah kerana ubat kepada tidak tahu itu ialah bertanya. wallahu a'lam