SJ-14-0143 : Mengandaikan Allah Berfirman "Hang.....!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0143 : Mengandaikan Allah Berfirman "Hang.....!

Bismillah,
:salam

Baru-baru ini, kita telah membaca komen yang diberikan bahawa Ustaz Rasul Dahri sepatutnya tidak menggunakan anggota badannya, secara disedari atau pun tidak, di dalam ceramah beliau untuk memahamkan para pendengar mengenai Sifat-sifat Allah kerana ianya boleh disalahertikan sebagai menyamakan Sifat-sifat Allah yang Maha Suci dengan sifat-sifat makhluk (kita memohon perlindungan Allah daripada melakukannya).

Dalam hal yang sama, boleh kah seorang tokoh ugama, apabila berceramah menjelaskan ayat-ayat Al-Quran atau Hadith, mengandaikan bahawa Allah akan berfirman di akhirat kelak dengan kalimah, "Hang....ini, Hang.....itu" dan sebagainya? (Ada tokoh ugama yang berbuat sedemikian. Rujuk http://youtube.com/user/xiphilia). Tidakkah ini seperti menyamakan Allah dengan makhluk (nauzubillah), dengan mengandaikan atau mencontohkan bahawa atau kononnya Allah akan berfirman seperti bercakapnya orang utara Semenanjung Tanah Melayu? Tidakkah ini perbuatan yang seakan sama dengan apa yang Ustaz Rasul Dahri telah "dikecam" kerana melakukannya? Mengapa perlu mengatakan atau mengandaikan atau "mengkononkan" bahawa Allah akan berfirman seperti itu, sedangkan tidak ada nas, walaupun daif, yang mengatakan bahawa Allah akan berfirman "Hang....ini, Hang....itu"? Bukankah kita perlu berlindung daripada perbuatan seperti ini, walaupun dalam keghairahan menyampaikan ceramah ilmu Islam?

Kemungkinan besar ialah perbuatan-perbuatan ini adalah ketelanjuran yang tidak disedari dan tidak disengajakan dan telah dilakukan dalam keghairahan berceramah. Mungkin kita semua pernah melakukan kesilapan sedemikian.

Semoga Allah mengampunkan kita dan melindungi kita daripada melakukannya lagi di masa-masa yang akan datang. Amiin.

:wassalam

SJ-14-0143 : Mengandaikan Allah Berfirman "Hang.....!

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Apa yang anda sebutkan iaitu penceramah menggunakan perkataan seperti "Allah berkata: Hang itu... hang ini" adalah termasuk dalam bab Terjemahan daripada bahasa Arab. Samada teks asal kalam Allah itu diambil dari Quran ataupun hadis yang sahih, ia bukan satu kesalahan. Malahan dituntut untuk memudahkan ia difahami.

Ini sesuai dengan kata-kata Ali r.a. "Bercakaplah dengan manusia dengan apa yang mereka fahami". (Disebut dalam Sahih Bukhari 1/59).

Tetapi menterjemahkan kalam Allah itu, mestilah dilakukan oleh orang yang faham Bahasa Arab, dan terjemahannya menepati maksud asal. Maka tiada masalah untuk menterjemahnya menggunakan dialek Kelantan, dialek utara, dialek Terengganu, dialek Sarawak, dialek Jawa dan lain-lain.

Wallahu A'lam.