SJ-14-0181 : maksud "Syaitan itu musuh kamu yang nyata&

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0181 : maksud "Syaitan itu musuh kamu yang nyata&

Assalaamualaikum

Kepada panel AAN yang berkenaan, ana cuma nak tanya soalan berkenaan maksud penafsiran disebalik ungkapan yang sering dibaca dalam al-Qur'an yang bermaksud "Sesengguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata"

Apakah yang dimaksudkan dengan 'yang nyata' sedangkan syaitan itu adalah makhluk yang ghaib...

Syukran

-al-

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-14-0181 : maksud "Syaitan itu musuh kamu yang nyata&

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Syaitan sebagai musuh yang nyata bukan bermaksud nyata dari sudut fizikal atau zatnya. Tetapi nyata dari segi permusuhannya terhadap kita. Yakni: Nyata dan jelas bahawa syaitan itu adalah musuh kamu'.

Di dalam Tafsir Tabary (3/300):

Maksudnya telah nyata bagi kamu tentang permusuhan Syaitan, melalui perbuatannya enggan sujud kepada bapamu (Adam), perdayaannya terhadap baginda sehingga menyebabkan baginda dikeluarkan daripada Syurga, perbuatannya memesongkan baginda supaya melakukan kesilapan dan makan daripada pohon tersebut.

Di dalam Tafsir Ibn Katsir (3/351):

"Musuh kamu yang nyata" yakni: nyata lagi zahir permusuhannya.

Wallahu A'lam.