SJ-1661: Sitrah Solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1661: Sitrah Solat

Assalamualaikum,

Ingin bertanya mengenai cara bersolat di masjid cthnya bila kita bersolat sendirian di sekeliling kawasannya kalau tak silap saya perlu kita letakkan sesuatu halangan didepan sedikit tempat sujud agar menanda tempat sujud cthnya tongkat, kain dsb supaya jangan dilalui orang. Apakah dalilnya and kaedahmya. Terima Kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1661: Sitrah Solat

Jawab:

Benar sekali, ia dinamakan sitrah (penghadang). Dalilnya banyak, antaranya HR Abu Daud dan Ibn Majah (dgn sanad yg sahih), dari Abu Hurairah ra, (sabda)," bila salah seorang kamu hendak solat, maka hendaklah diletak sesuatu dihadapannya..."
HR alHakim dalam alMustadrak dari Sibrah bin Mu'abbad ra (sabda Nabi saw)," buatlah sitrah ketika kamu solat walaupun dgn sebatang anak panah."
Mesjid2 jami' hari ini sudah ada sejadah, hamparan dan garisan, maka ia sudah dianggap sitrah. Allahu a'alam