SJ-1663: Solat Jamak & Qasar

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1663: Solat Jamak & Qasar

1. Bolehkah kita melakukan solat jamak Zhohor & Asar dengan melakukan solat qasar (2 rakaat) pada solat Asar sahaja tapi solat Zhohor 4 rakaat & sebaliknya?
2. Bolehkan kita melakukan solat jamak & qasar mengikut imam yang solat tamam (eg. solat Zhohor 4 rakaat berjemaah dengan imam yang solat tamam bila masuk waktunya dimasjid & kemudian, setelah selesai, kita bangun melakukan solat Asar qasar 2 rakaat sendirian)? Bagaimana pula kalau kita, setelah selesai berjemaah, bangun semula & melakukan solat Asar tanpa qasar?
3. Bolehkah kita melakukan solat Magrib & Isyak jamak takdim & qasar pada waktu Magrib, tapi kita tiba di rumah dalam waktu Isyak (eg. 10-15 minit selepas masuk waktu Isyak)?
JazakAllah...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1663: Solat Jamak & Qasar

Jawab:

(Soal-jawab ringkas)
1. Boleh, cuma tidak boleh beranggapan kombinasi itu ada fadhilat/kelebihan tertentu.
2. Kedua-duanya boleh
3. Solat safar secara takdim itu sudah sah kerana memenuhi syarat safar dan jika tiba di rumah dalam waktu Isya', tidak perlu solat Isya' lagi. (JUMHUR-dari kitab Fiqh Islami)
Allahu a'alam