SJ-1696: Percampuran lelaki & perempuan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1696: Percampuran lelaki & perempuan

a'kum
rakan saya ada mengikuti kelas silat. di dalam latihan, dia mendapati pelajar siswi dikehendaki mengambil buah silat dari jurulatih lelaki. di sini wujud persentuhan antara lelaki dan perempuan. apabila ditanya kepada jurulatih tersebut, dia menjawab perkara ini dibenarkan oleh guru atas sebab kekurangan tenaga pengajar perempuan. apakah perkara ini dibenarkan oleh Islam dan apakah situasi yang membenarkan perkara tersebut? sila sertakan dalil dan nas utk menyokong jawapan saudara.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1696: Percampuran lelaki & perempuan

Jawab:

Dalilnya:
Kaedah asas feqh:" alMasyaqqah tajlibu at taysir" (Kesukaran membawa kpd kemudahan)
Dari kaedah asas ini keluarlah kaedah sampingan: Mudharat membolehkan yg terlarang."
Ia diambil dari ayat2 alQur'an:
AQ 2: 185):" Allah mengkehendaki kemudahan bg kamu dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu)
AQ 2: 173 (barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, tidak dosa ke atasnya.) terjemahnya
Ibn Qayyim (I'lam alMuwaqqi'en): La wajib ma'a 'ajzin, wa la haram ma'a dharurat (Tidak menjadi wajib bila lemah, tidak haram pula bila dharurat)
Syaikh alZarqa' (syarah al Qawaid alFiqhiyah/187): apabila berleluasanya haram dan sedikitnya halal, maka boleh melakukan yg perlu selagi tidak berlebihan."

Kita syaratkan silat itu berlaku di hadapan ramai pesilat dan bukannya menerima buah silat secara berdua'an dan bersunyian ditakuti menerima 'buah' yg lain. Allahu a'alam