SJ - 1767 lLMU MARTABAT TUJUH & IBNU 'ARABI

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1767 lLMU MARTABAT TUJUH & IBNU 'ARABI

Assalamualaikum Wmt Wkt.

1.Apakah yang dimaksudkan Ilmu Tujuh Martabat dan apa pandangan Islam terhadapnya

2.Adakah benar sesetengah ulama mengkafirkan Ibnu Arabi kerana ajaran ittihadnya?

Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ - 1767 lLMU MARTABAT TUJUH & IBNU 'ARABI

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

Nampaknya soalan-soalan yang dikemukakan oleh saudara ini bukanlah merupakan satu persoalan yang mudah untuk dijawab, apatah lagi kalau dijawab secara tergesa-gesa dan secara “ melatah “ tentulah ianya akan menyebabkan kezaliman di dalam disiplin ilmu dan penganiayaan terhadap makhluk-makhluk Allah Ta’ala.

Kami sendiri tidak dapat mengemukakan jawapannya secara panjang dan kemas. Ini disebabkan kami ( maaf ) sendiri tidak tahu latar-belakang pendidikan saudara ( di dalam agama secara serius ) ini sudah sampai ke tahap mana, adakah sudah sampai ke tahap yang dibenarkan dibincangkan perkara-perkara seperti mana yang saudara kemukakan itu ?.

Apatalah lagi, kami juga yakin lagi percaya, masih ramai di kalangan pengunjung-pengunjung aL-Ahkam. Net ini yang masih belum bersedia ( daripada sudut latar-belakang pendidikan agama ) untuk menerima diskusi yang berat seperti ini. Tambahan pula, aL-Ahkam net sendiri merupakan satu web yang lebih memberikan keutamaan di dalam bidang Fiqh dan kaitannya, berbanding dengan jenis ilmu yang saudara soalkan : Ilmu Tasawwuf, Falsafah & Usuluddin.

Walau bagaimana pun, kami akan cuba meringkaskan dan memudahkan kefahaman semampu mungkin berkenaan dengan persoalan yang ditimbulkan itu ;

01- Ilmu Martabat Tujuh adalah merupakan pecahan salah-satu pecahan Ilmu Falsafah bukan Islam yang telah menyerap masuk ke dalam umat Islam melalui perkembangan ilmu tareqat ( ilmu tareqat yang sesat ). Ilmu ini juga tidak pernah dikenal di kalangan para Sahabat (r.a) dan Tabi’ien (r.a) yang lebih tinggi darjat dan maqam mereka di sisi Allah Ta’ala daripada kita ini.

Ilmu ini juga merupakan ringkasan dan pecahan daripada Ilmu Martabat Empat Puluh yang dikarang oleh Abdul Karim Al-Jilli melalui kitabnya “ Maratibul Wujud Wa Haqiqah Kullu Maujud “.

Ilmu ini merupakan kesinambungan kepada fahaman Neo-Platonisme dan agama Hindu.

Pihak JAKIM dan Jabatan Mufti Selangor Darul Ehsan ( 7/12/1995) telah mewartakan bahawa ajaran Martabat Tujuh ini adalah sesat dan bertentangan dengan ajaran Islam yang suci .

Sila rujuk :

http://www.islam.gov.my/ppi/faktorasesat.html
http://members.tripod.com/PERKIMUUM/pusat.htm#AjaranSalah
http://google.yahoo.com/bin/query?p=Ilmu+Martabat+Tujuh&hc=0&hs=0
http://www.geocities.com/malmsteen2002/Takzirah.htm

02 – Persoalan “ Ittihad “ ( Kesatuan Tuhan dengan makhluk ), “ Wahdatul Wujud “ dan “ Hulul “ ( Inkarnasi ) merupakan isu-isu “ panas “ yang menjadi punca perselisihan pendapat di kalangan ulama’ , khasnya golongan Fiqh dengan golongan Tasawwuf.

Begitulah juga di antara mereka yang menjadi “ mangsa “ pergeseran yang sengit ini ialah Ibnu ‘Araby, Al-Hallaj, As-Sahrudiy, Abu Yazid Al-Bustamy dan selain mereka, yang mana jika ditinjau secara insaf , mereka yang menjadi mangsa ini pun, bukannya “ calang-calang “ orang di dalam Ilmu Syariat, khasnya Ilmu Tauhid dan Ilmu Fiqh.

Tidaklah selayaknya bagi mereka yang tidak mempunyai kemampuan ilmu yang mantap di dalam bidang agama untuk sama-sama “ terjun “ dan menyibukkan diri mereka dengan isu-isu panas seperti itu, kerana keutamaan yang sebenarnya mestilah diberikan kepada ilmu-ilmu yang wajib ada pada setiap muslimin, atau apa yang dikenali sebagai Ilmu Fardhu ‘Ain.
Menyibukkan diri di dalam lapangan yang tidak dituntut oleh Islam merupakan salah satu penonjolan sikap yang tidak memperdulikan prinsip ajaran Islam itu sendiri.

Kami berpendapat, kita selaku umat Islam semestinya berpegang dengan sikap asal kita iaitu BERSANGKA BAIK ( HUSNU DZON ) SESAMA UMAT ISLAM dan selagi tidak terdapat mana-mana bukti yang kuat lagi nyata yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi fasiq, mubtadie’ ( ahli bid’ah ), kufur dan seterusnya murtad ( Na’uzubillahi Min Dzalik ) , maka selagi itulah kita tetap memandang bahawa saudara kita itu adalah seorang muslim.

Isu-Isu dan tokoh-tokoh yang pernah menimbulkan “ kontroversi “ itu sendiri pun sudah tiada lagi di alam fana’ ini. Mereka kesemuanya telah mengadap Allah Ta’ala. Ajaran mereka sendiri pun – kalau betul-betul telah terbukti ianya sesat dan menyesatkan – ianya semua sudah menjadi “ muzium “ dan “ koleksi kuno khazanah perpustakaan cendekiawan di Timur, mahupun di Barat “.

Bukankah lebih baik kita bersedia untuk menghadapi Allah Ta’ala, walhal kita sendiri pun tidak mengetahui apakah kesudahan kita di sana !, dan kita sama-sama berganding-bahu menghadapi “ Berhala Moden “ yang benar-benar sudah ternyata kufur lagi syirik iaitu BERHALA SEKULARISME dan SEKUTU-SEKUTUNYA @ PECAHAN-PECAHANNYA yang dianut oleh hampir keseluruhan negara termasuk di tanah air kita sendiri !!!??? .

***********************

Dan andainya saudara sendiri punyai kemampuan untuk mengkaji mengenai kedua-dua, kami amat berbesar-hati untuk “ berguru “ daripada saudara. Dan kami harap sudilah kiranya saudara meluaskan pengkajian saudara dengan merujuk sumber-sumber berikut :

01- FATAWA AL-IMAM ABDUL HALIM MAHMUD
Jilid ke-2 , ms 379, Cetakan Darul Maarif , Mesir.

02- HAQAIQ ‘AN AT-TASAWWUF ~ ‘Allamah Syeikh Abdul Qadir Isa
Ms 434 – 448, Darul ‘Urfan , Halab, Syiria.

03- USUL WUSUL ~ ‘Allamah Syeikh Zaki Ibrahim
Ms 382 , Amanah ‘Ammah Lil ‘Ashirah Muhammadiah, Kaherah.

04- ABJADIYAH AT-TASAWWUF AL-ISLAMI ~ ‘Allamah Syeikh Zaki Ibrahim
Ms 32 & 79 , Amanah ‘Ammah Lil ‘Ashirah Muhammadiah, Kaherah.

05- FI RIYADHIL ISMI AL-‘ADZAM ~ ‘Allamah Syeikh Zaki Ibrahim
Ms 115 , Amanah ‘Ammah Lil ‘Ashirah Muhammadiah, Kaherah.

06- AL-MAUSU’AH AS-SUFIAH ~ Dr. Abdul Mun’iem Al-Hafini
Ms 286, Darur Rasyad, Kaherah.

07- TASAUF : PERKEMBANGAN & PEMURNIAANNYA ~ Almarhum Buya HAMKA
Ms 132 – 153 , Pustaka Panjimas , Jakarta ( 1993 ).

08- JALAN RUHANI – Terjemahan “ Tarbiyatuna Ar-Ruhiyah “ oleh Almarhum Sa’id Hawa
Ms 337, Penerbit Mizan, Bandung.

09- AJARAN SESAT ~ Al-Fadhil Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim ( UKM )
Ms 15, Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Mudah-mudahan pengkajian saudara itu adalah selepas saudara sudah “kemas mengaji “ dan semoga ianya di atas syariat Allah Ta’ala dan Rasul-Nya ( s.a.w ). Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

17 / Jumadi Tsani / 1423 H
26 / Ogos / 2002 M

Bandaraya Kaherah