SJ - 1784 : MASALAH UPACARA PERKAHWINAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1784 : MASALAH UPACARA PERKAHWINAN

Assalamualaikum.....

Ingin bertanya lagi .....

Bagaimanakah cara yg sebaiknya dalam melakukan upacara perkahwinan mengikut Islam....

Apakah tips-tips nasihat untuk tidak menyinggung perasaan ibu bapa dan masyarakat dalam upacara perkahwinan yg ada melibatkan bida;ah dan pembaziran sedangkan keluarga dan masyarkat kita masih berpegang kepada adat.

SJ - 1784 : MASALAH UPACARA PERKAHWINAN

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

Setiap pasangan yang mendirikan rumah-tangga pastinya mengharapkan rumah-tangganya aman sentosa dan berkekalan serta dilimpahi rahmat dan kurnia daripada Allah Ta’ala. Semuanya itu dinamakan sebagai “ keberkatan di dalam berumah-tangga “. Maka tidak dapat tidak, setiap mereka yang mahukan keberkatan ini sudah tentu wajib pula menguruskan segala hal yang berkaitan dengan alam rumah-tangganya itu berpandukan syariat, kerana tanpa panduan syariat, nescaya tersirnalah keberkatan !.

Sebenarnya, sudah banyak buku-buku di dalam bahasa kita yang membicarakan mengenai hal-ehwal berumah-tangga termasuklah bagaimanakah tatacara mengadakan kendurinya ( walimah ) . Lantaran itu, sangatlah baik bagi setiap bakal mempelai agar mengikuti kursus pernikahan menurut tatacara Islam agar rumah-tangga yang dibina itu benar-benar boleh mengundang keberkatan Ilahi. Dan kami di al-Ahkam.net ini, sebagai pusat maklumat Islam di alam siber ini juga tidak keberatan untuk memberikan penyelesaian bagi soalan-soalan saudara di atas, insya-Allah.

************************************

MASALAH PERTAMA : UPACARA PERKAHWINAN MENURUT ISLAM :

1- Dasar pemilihan bakal suami-isteri mestilah berdasarkan agamanya ( pengamalan ajaran Islam ) . Ini adalah kriteria paling utama di dalam hal ini, di samping tiak dinafikan setiap manusia itu inginkan keinginannya itu mempunyai rupa yang menarik, berharta dan berketurunan yang baik-baik.

2- Upacara pertunangan dan kehidupan di dalam masa pertunangan ini juga sudah semestinya mestilah berpandukan syariat. Jangan pula di dalam masa pertunangan ini, setiap pasangan itu sudah berkelakuan seperti orang yang sudah bernikah, walhal pertunangan itu hanyalah “ ikatan janji “, bukannya “ menghalalkan apa yang terpelihara selama ini “.

3- Pertemuan setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah-tangga ini juga mestilah berdasarkan batas-batas syariat, contohnya : pertemuan ( dating ) dengan ditemani oleh mahram, agar mahram itu boleh menegur apa-apa kelakuan kita yang mungkin boleh menimbulkan “ hubungan sumbang “. Bukannya sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan pasangan muda-mudi sekarang, si lelaki bertemu dengan kekasihnya dengan hanya ditemani oleh adik kecil yang masih tidak tahu apa-apa dan boleh “ dirasuah “ dengan ais-krim !.

4- Mahar yang ditetapkan sebaik-baiknya tidaklah memberatkan pihak lelaki ( walaupun mahar ini memang hak keistimewaan kaum hawa ). Ini semata-mata merealisasikan pesanan Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : (( “ Sebaik-baik wanita ialah yang paling mudah harga maharnya @ maskahwinnya “ – Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim – rahimahumalLah )) ~ Tetapi kalaulah pihak lelaki sendiri yang ingin memberikan maskahwin yang tinggi kepada pihak pengantin perempuan itu , sebagai saguhati dan dengan penuh rela hati, ini tidaklah menjatuhkan keberkatan si pengantin perempuan itu. Pokoknya, janganlah pihak perempuan pula yang cuba-cuba memberatkan pihak lelaki agar menyediakan mahar yang tinggi.

5- Upacara pernikahan mestilah di atas syariat Islam. Setinggi mana pun adat dipegang, tetapi syariat tetap dijunjung !. Jauhilah upacara-upacara yang menyalahi syariat agar keberkatan itu tidak hilang ditelan dek maksiat seperti upacara bersanding di hadapan tetamu tanpa mengira mahram, upacara merenjis air mawar, bertepung-tawar dan “ joget lambak “ ( bergadang ).

6- Majlis pernikahan itu mestilah umum, maksudnya dipanggil masyarakat tanpa mengira kasta dan kedudukan mereka.

7- Majlis pernikahan itu hendaklah sebagai tanda bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas limpah rahmat-Nya kedua-dua anak-anak Saidina Adam a.s dan Saidatina Hawa a.s ini dapat disatukan. Jangan pula majlis itu dijadikan sebagai majlis yang penuh dengan riya’ dan majlis “ bertanding harga mahar siapakah yang tertinggi “ !.

8- Majlis pernikahan itu hendaklah tidak menyebabkan berlakunya “ ikhtilat “ ( percampuran ) di antara kaum lelaki dengan kaum perempuan di dalam satu khemah / bangsal hingga boleh saja menimbulkan “ bencana “. Asingkanlah di antara kedua-dua jenis jantina ini.

CADANGAN-CADANGAN & TAMBAHAN :

1- Sebaik-baiknya diselitkan satu “ slot-show “ dengan diadakan satu tazkirah @ mini-ceramah oleh seorang tokoh agama yang berpengaruh di kawasan itu. Gunanya untuk memberikan motivasi dan panduan kepada pengantin dan hadirin-hadirat mengenai tatacara berumah-tangga menurut Islam.

Tidaklah perlu mini-ceramah ini terlalu panjang, cukuplah sekitar 20 – 40 mini untuk menarik minat hadirin-hadirat sama-sama “ mengaji sambil mengisi perut “ mengikuti panduan Islam di dalam berumah-tangga.

Dengan cara ini, hadirin-hadirat bukan sahaja dapat mengisi perut-perut mereka, bahkan hati-hati mereka juga dapat “ diisi “ dengan hidangan rohani !.

2- Upacara-upacara yang tidak bertentangan dengan Islam, boleh dilaksanakan di dalam majlis ini, seperti berkompang ( bahkan ianya disunatkan di dalam majlis seperti ini ), majlis berbalas-pantun ( yang mengikuti syariat ) dan persembahan tari silat pengantin ( jangan pula si pesilat bersalam dengan si pengantin perempuan ! ).

************************************

MASALAH KEDUA : BEBERAPA TIPS UNTUK MENGELAKKAN “ PERSELISIHAN FAHAM “ LANTARAN TIMBULNYA “ PERGESERAN DI ANTARA SYARIAT DENGAN ADAT “.

Perkara ini sebenarnya memerlukan hikmah dan kebijaksanaan di dalam berkomunikasi di antara bakal pengantin dengan keluarganya. Kebiasaannya, orang-orang tua sudah tentulah sukar untuk membuang adat-istiadat yang ada kerana ianya sudah sebati dan sudah “ berkarat “ di dalam jiwa-jiwa mereka.

Andainya bakal pengantin itu sendiri kurang berkeyakinan untuk memohon agar upacara pernikahan itu dijauhkan daripada segala jenis maksiat dan bid’ah, ada baiknya bakal pengantin itu berbincang dengan anggota-anggota keluarganya yang setuju ataupun simpati dengan permintaannya itu.

Ataupun, kami berpendapat, kita juga bolehlah memohon pertolongan daripada pihak luar yang mempunyai pengaruh yang kuat dan dihormati oleh keluarga – keluarga kita, contohnya Pak Imam, Pak Lebai, Ustaz / Ustazah , YB dan sesiapa sahaja yang boleh “ masuk berbincang “ dengan kedua-dua keluarga bakal-bakal pengantin ini. Alangkah baiknya andainya Menteri Besar sendiri yang memainkan peranan menolong pasangan pengantin seperti ini !, kerana jawatannya sendiri sudah tentu boleh memudahkan lagi jalan dakwah dan membanteras maksiat !.

Contoh-contoh tips berguna untuk menghadapi masalah seperti ini :

# ( 1 ) #
KALAU DISEBABKAN PERMINTAAN MAHAR YANG TINGGI :

- Duit yang banyak memanglah sangat diperlukan untuk melaksanakan pernikahan ini, tapi ini tidaklah bermakna semua duit yang ada mestilah dihabiskan dan di “ belanja-hanguskan “ demi mengadakan majlis pernikahan !!!. Sebenarnya, duit yang banyak itu LEBIH DIPERLUKAN untuk hidup selepas majlis pernikahan itu. Fenomena hari ini sendiri telah membuktikan , tidak sedikit pasangan pengantin yang mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran dan elit, tetapi 2-3 bulan selepas itu mereka terpaksa menanggung beban hutang-piutang yang banyak kerana semua duit yang ada telah “ hangus “ dek upacara pernikahan yang “ gilang-gemilang “ itu !!!.

Perkara ini perlulah dimaklumi oleh setiap pasangan pengantin, termasuklah keluarga mereka semua yang mengatur urusan perkahwinan itu . “ Jangan menang sorak, kampung tergadai !!! “.

# ( 2 ) #
KALAU DISEBABKAN ADAT-ISTIADAT :

Nyatakanlah pada keluarga kita bahawa kita hidup ni tentu akan mati, dan apabila mati nanti tentulah kita hendak bertemu dengan Junjungan Besar kita , Rasulullah s.a.w, sebab itulah idola kita yang sering kita impikan untuk bertemu.

Padahal Rasulullah s.a.w sendiri pernah berpesan :

" áÇ ØÇÚÉ áãÎáæÞ Ýí ãÚÕíÉ ÇáÎÇáÞ "

“ Ertinya : Tidak boleh sama-sekali patuh kepada mana-mana makhluk di dalam urusan yang bertentangan / menderhakai Al-Khaliq ( Allah Yang Maha Mencipta ) “ ~ Hadis Riwayat Imam Ahmad Bin Hanbal (rh).

Apakah kita tidak malu, kita selama ini mengaku sebagai Umat Nabi, di dalam maulidur-Rasul s.a.w, kitalah yang paling lantang berselawat dan memegang sepanduk yang bertulis “ We Love Our Prophet s.a.w “ , tapi hakikatnya, kitalah yang paling kuat menentang panduan kehidupan yang berteraskan ajaran Baginda s.a.w !!!??? “.

Silalah dikiaskan contoh-contoh di atas dengan dugaan-dugaan yang mungkin timbul kelak !.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

SARANAN PEMBACAAN :

1 – KURSUS & BIMBINGAN PERKAHWINAN ~ Ustaz Abdul Aziz
Terbitan : Darul Nu’man, Kuala Lumpur.

2- NIKAH: MENURUT AL-QURAN & HADIS NABI S.A.W
Terbitan : Syarikat Nurulhas, Kuala Lumpur.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

20 / Jumadi Tsani / 1423 H
29 / Ogos / 2002 M

Khamis ~ Bandaraya Kaherah.