SJ - 1787 : MEMBACA SURAH AN-NAS SEBELUM SOLAT

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1787 : MEMBACA SURAH AN-NAS SEBELUM SOLAT

Assalamu'alaikum :

Ustaz, adakah membaca Surah An-Nas sebelum solat seperti yang diamalkan sekarang ini ada nas nya? Kadang2 ada imam yang terlalu banyak membaca doa-doa lain, mengajak makmum bersolat jamaah (as solatu jamaah) etc sehingga terlalu lambat pulak nak mengangkat takbiratul ihram.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1787 : MEMBACA SURAH AN-NAS SEBELUM SOLAT

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

HADIS PERTAMA :

ÍóÏöíËõ ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ : Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÏóÎóáó ÇáúãóÓúÌöÏó ÝóÏóÎóáó ÑóÌõáñ ÝóÕóáøóì Ëõãøó ÌóÇÁó ÝóÓóáøóãó Úóáóì ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÑóÏøó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÇáÓøóáóÇãó ÞóÇáó ÇÑúÌöÚú ÝóÕóáøö ÝóÅöäøóßó áóãú ÊõÕóáøö ÝóÑóÌóÚó ÇáÑøóÌõáõ ÝóÕóáøóì ßóãóÇ ßóÇäó Õóáøóì Ëõãøó ÌóÇÁó Åöáóì ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÓóáøóãó Úóáóíúåö ÝóÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó æóÚóáóíúßó ÇáÓøóáóÇãõ Ëõãøó ÞóÇáó ÇÑúÌöÚú ÝóÕóáøö ÝóÅöäøóßó áóãú ÊõÕóáøö ÍóÊøóì ÝóÚóáó Ðóáößó ËóáóÇËó ãóÑøóÇÊò ÝóÞóÇáó ÇáÑøóÌõáõ æóÇáøóÐöí ÈóÚóËóßó ÈöÇáúÍóÞøö ãóÇ ÃõÍúÓöäõ ÛóíúÑó åóÐóÇ Úóáøöãúäöí ÞóÇáó ÅöÐóÇ ÞõãúÊó Åöáóì ÇáÕøóáóÇÉö ÝóßóÈøöÑú Ëõãøó ÇÞúÑóÃú ãóÇ ÊóíóÓøóÑó ãóÚóßó ãöäó ÇáúÞõÑúÂäö Ëõãøó ÇÑúßóÚú ÍóÊøóì ÊóØúãóÆöäøó ÑóÇßöÚðÇ Ëõãøó ÇÑúÝóÚú ÍóÊøóì ÊóÚúÊóÏöáó ÞóÇÆöãðÇ Ëõãøó ÇÓúÌõÏú ÍóÊøóì ÊóØúãóÆöäøó ÓóÇÌöÏðÇ Ëõãøó ÇÑúÝóÚú ÍóÊøóì ÊóØúãóÆöäøó ÌóÇáöÓðÇ Ëõãøó ÇÝúÚóáú Ðóáößó Ýöí ÕóáóÇÊößó ßõáøöåóÇ

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w memasuki masjid, seorang lelaki juga memasukinya lalu mendirikan sembahyang. Setelah selesai, dia datang memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menjawab salamnya lalu bersabda: Sembahyanglah sekali lagi kerana sembahyang yang kamu lakukan tadi tidak sah. Lelaki tersebut kembali mendirikan sembahyang sebagaimana yang telah dilakukannya kemudian kembali menemui Rasulullah s.a.w dengan memberi salam kepada baginda. Lantas baginda menjawab salam lalu bersabda: Sembahyanglah sekali lagi kerana sembahyang yang kamu lakukan tadi tidak sah. Perkara ini berlaku sebanyak tiga kali sehingga akhirnya lelaki tersebut berkata: Oleh kerana engkau dibangkitkan untuk menyatakan kebenaran, bagaimanakah sebenarnya sembahyang dilakukan¿ Ajarkanlah padaku. Lalu baginda bersabda: Apabila kamu ingin mengerjakan sembahyang, mulakanlah dengan bertakbir kemudian bacalah ayat atau surah yang paling senang bagi kamu. Seterusnya rukuklah sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut dan bangkitlah berdiri. Setelah itu sujudlah sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut dan bangkitlah untuk berada dalam keadaan duduk antara dua sujud. Itulah cara yang perlu kamu lakukan sehingga selesai sembahyang ( Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari rh & Imam Muslim rh ) .

HADIS KEDUA :

ÍóÏöíËõ ÌóÇÈöÑö Èúäö ÚóÈúÏö Çááøóåö ÑóÖöíó Çááøóåõ ÚóäúåõãóÇ ÞóÇáó : ÔóåöÏúÊõ ãóÚó ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÕóáóÇÉó ÇáúÎóæúÝö ÝóÕóÝøóäóÇ ÕóÝøóíúäö ÕóÝøñ ÎóáúÝó ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó æóÇáúÚóÏõæøõ ÈóíúäóäóÇ æóÈóíúäó ÇáúÞöÈúáóÉö ÝóßóÈøóÑó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó æóßóÈøóÑúäóÇ ÌóãöíÚðÇ Ëõãøó ÑóßóÚó æóÑóßóÚúäóÇ ÌóãöíÚðÇ Ëõãøó ÑóÝóÚó ÑóÃúÓóåõ ãöäó ÇáÑøõßõæÚö æóÑóÝóÚúäóÇ ÌóãöíÚðÇ Ëõãøó ÇäúÍóÏóÑó ÈöÇáÓøõÌõæÏö æóÇáÕøóÝøõ ÇáøóÐöí íóáöíåö æóÞóÇãó ÇáÕøóÝøõ ÇáúãõÄóÎøóÑõ Ýöí äóÍúÑö ÇáúÚóÏõæøö ÝóáóãøóÇ ÞóÖóì ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÇáÓøõÌõæÏó æóÞóÇãó ÇáÕøóÝøõ ÇáøóÐöí íóáöíåö ÇäúÍóÏóÑó ÇáÕøóÝøõ ÇáúãõÄóÎøóÑõ ÈöÇáÓøõÌõæÏö æóÞóÇãõæÇ Ëõãøó ÊóÞóÏøóãó ÇáÕøóÝøõ ÇáúãõÄóÎøóÑõ æóÊóÃóÎøóÑó ÇáÕøóÝøõ ÇáúãõÞóÏøóãõ Ëõãøó ÑóßóÚó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó æóÑóßóÚúäóÇ ÌóãöíÚðÇ Ëõãøó ÑóÝóÚó ÑóÃúÓóåõ ãöäó ÇáÑøõßõæÚö æóÑóÝóÚúäóÇ ÌóãöíÚðÇ Ëõãøó ÇäúÍóÏóÑó ÈöÇáÓøõÌõæÏö æóÇáÕøóÝøõ ÇáøóÐöí íóáöíåö ÇáøóÐöí ßóÇäó ãõÄóÎøóÑðÇ Ýöí ÇáÑøóßúÚóÉö ÇáúÃõæáóì æóÞóÇãó ÇáÕøóÝøõ ÇáúãõÄóÎøóÑõ Ýöí äõÍõæÑö ÇáúÚóÏõæøö ÝóáóãøóÇ ÞóÖóì ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÇáÓøõÌõæÏó æóÇáÕøóÝøõ ÇáøóÐöí íóáöíåö ÇäúÍóÏóÑó ÇáÕøóÝøõ ÇáúãõÄóÎøóÑõ ÈöÇáÓøõÌõæÏö ÝóÓóÌóÏõæÇ Ëõãøó Óóáøóãó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó æóÓóáøóãúäóÇ ÌóãöíÚðÇ ÞóÇáó ÌóÇÈöÑñ ßóãóÇ íóÕúäóÚõ ÍóÑóÓõßõãú åóÄõáóÇÁö ÈöÃõãóÑóÇÆöåöãú

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Aku pernah bersama Rasulullah s.a.w turut melakukan sembahyang Khauf. Kami membentuk dua saf. Satu saf berada di belakang Rasulullah s.a.w manakala pihak musuh berada di antara kami dan kiblat. Ketika Nabi s.a.w mengangkat takbir kami semua ikut mengangkat takbir. Kemudian baginda rukuk dan kami semua pun ikut rukuk. Kemudian baginda mengangkat kepala dari rukuk kami pun turut melakukan hal yang sama. Kemudian baginda turun untuk sujud bersama saf pertama. Sementara itu saf yang di belakang tetap berdiri berhadapan dengan musuh. Ketika Nabi s.a.w selesai sujud bersama saf pertama. Saf yang di belakang pula turun untuk melakukan sujud dan kemudian berdiri. Kemudian saf yang belakang itu maju ke hadapan dan saf pertama bergerak ke belakang. Kemudian Nabi s.a.w rukuk dan kami semua ikut serta rukuk bersama baginda. Kemudian Nabi berdiri tegak dan kami pun mengikuti baginda. Sementara barisan yang tadi berada di belakang ikut sujud bersama baginda, manakala barisan yang satu lagi tetap berdiri menghadapi musuh. Apabila Nabi s.a.w selesai sujud bersama saf yang berada di belakang baginda, maka barisan yang di belakang pula turun sujud. Setelah mereka selesai sujud, Nabi s.a.w memberi salam dan kami semua ikut serta memberi salam. Kata Jabir: Seperti yang biasa dilakukan oleh pasukan pengawal terhadap pemimpin mereka ( Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari rh & Imam Muslim rh ) .

K E T E R A N G A N :

Daripada kedua-dua hadis di atas dan juga dengan dibandingkan dengan hadis-hadis sahih yang lain dapatlah kita menyimpulkan bahawa :

1- Tidak ada keterangan daripada Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a hatta para imam mazhab-mazhab yang muktabar sendiripun, mahupun imam mazhab kita ; Imam Asy-Syafie– sepanjang pemeriksaan kami – yang menunjukkan bahawa ada dibaca Surah An-Nas ataupun apa-apa bacaan sebelum didirikan solat.

2- Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik bagi seluruh manusia, hatta di dalam tatacara melakukan solat. Oleh kerana idola terbaik ini sendiripun tidak melakukannya , maka daripada manakah datangnya contoh seperti itu ?.

3- Ya ! kemungkinan ada yang berkata : “ Memanglah Rasulullah s.a.w tidak membaca apa-apa sebelum solat sebab maqam Baginda s.a.w sendiri sudah bebas daripada sebarang bisikan-bisikan syaitan , samada sebelum ataupun sesudah solat, akan tetapi kita ini kan manusia biasa, maqam kita jauh bezanya daripada maqam Baginda s.a.w itu, lantaran itulah kita perlu membaca beberapa ayat sebagai pelindung kita daripada sebarang gangguan syaitan , terutamanya sekali di dalam solat ! “.

Baiklah ! Kalau itulah hujah mereka yang beramal demikian, maka kami sendiri pun tidak mahu “ bertegang-urat “ dan berdebat di dalam masalah ini. Cuma yang kami mohon daripada semua muslimin dan muslimat, janganlah pula disandarkan amalan tersebut kepada Baginda s.a.w , walhal Baginda s.a.w sendiri tidak pernah berbuat demikian !. Takutlah akan azab Allah Ta’ala dan neraka yang disediakan “ tempat duduknya “ khusus untuk mereka yang sengaja berdusta ke atas Baginda s.a.w !!!.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

21 / Jumadis Tsani / 1423 H
30 / Ogos / 2002 M

Hari Jumaat ~ Bandaraya Kaherah