SJ - 1867 : HUKUM GAMES BERUNSUR AQIDAH

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1867 : HUKUM GAMES BERUNSUR AQIDAH

Assalamualaikum ,

Saya membeli satu game komputer,ttp di dalam itu ada melibatkan pembinaan temple[kuil?] dan saya sbg watak utama? bolehkah permainan ini dimainkan?

Juga di dalam game lain,saya kena fight kepada god/2 gods
yang mana,watak utama[saya] akan diritual oleh watak lain[disembah,seolah2 saya penyelamat] bagaimana pula?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1867 : HUKUM GAMES BERUNSUR AQIDAH

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas keprihatinan saudara untuk memastikan segenap ruang kehidupan saudara, hatta mengenai permainan “ games “ itu pun menepati dengan norma-norma yang telah Islam gariskan. Alangkah beruntungnya jika semua muslimin mempunyai kesedaran seperti ini.

Saudara ,
Sesungguhnya permainan semuanya itu dikategorikan pada hukum asalnya sebagai HARUS , dan hukum asal ini ( harus ) akan bertukar menjadi haram jika terdapatnya sebarang unsur yang boleh menjadikannya haram.

Tidak syak lagi, semua permainan memerlukan kepandaian dan taktik yang cekap daripada sudut fizikal dan mental , dan begitulah juga dengan “ video games “ , samada yang menggunakan alat khasnya seperti “ Play Station “ , “ Nintendo “ ataupun yang menggunakan perisian ( program ) komputer.

“ Games “ seperti ini, sudah tentu menampilkan permainan-permainan seperti kecekapan dan juga kepintaran akal sebagaimana yang disebut tadi, seperti menyelamatkan diri daripada bahaya , taktik menyerang kubu pertahanan musuh , kepandaian mengatur dan menyusun kota, kelincahan beraksi di dalam menentang binatang-binatang buas, mencari harta-karun , kepandaian dan ketepatan menjawab soalan-soalan kuiz , kemahiran membaca peta, kepandaian melukis dan mewarna dan sebagainya.

Islam , sebagai agama yang menghormati dan memuliakan tabiat fitrah manusia, sudah tentu tidak akan mengharamkan secara totok akan permainan-permainan kerana memang fitrah manusia itu sendiri sukakan permainan sebagaiman fitrah manusia itu sendiri sukakan kepada hiburan. Lantaran itulah di dalam Islam, ada permainan dan hiburan yang dibenarkan dan ada pula yang diharamkan ( apabila terdapatnya unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam dan fitrah itu sendiri ).

APAKAH JENIS PERMAINAN-PERMAINAN YANG DIHARAMKAN ISLAM ? :

- Seperti permainan yang melibatkan adanya perang di antara manusia dengan para malaikat , ataupun sesuatu watak hero yang cuba merampas kekuasaan memerintah alam cakrawala ini ( lalu menjadi dewa ataupun Tuhan ) , sudah tentu permainan seperti ini haram kerana ianya mempunyai ide dan watak yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.

- Mengapakah ianya diharamkan ? Bukankah ini sekadar permainan ? .

- Ya ! ianya memanglah permainan akan tetapi unsur-unsur yang terdapat itu sendiri merupakan unsur-unsur yang membawa kepada khurafat dan syirik, maka setiap apa yang boleh membawa kepada khurafat dan syirik , maka ianya adalah HARAM !!!.

- Permainan yang mengetengahkan unsur-unsur pemujaan salib – seperti untuk melalui sesuatu kawasan itu, hero mestilah tunduk ataupun masuk melalui pintu gerbang kota yang mempunyai palang salib di atasnya – ataupun terdapatnya unsur-unsur pemujaan terhadap dewa-dewa – apabila dilakukan perkara ini , hero akan mendapat “ recharge power “ , maka semua unsur – unsur ini adalah cara eksploitasi halus musuh-musuh Islam terhadap umat Islam , khasnya kanak-kanak dan para remaja .

- “ Games “ yang menampilkan permainan seperti Jika seseorang hero itu berjaya menawan sesebuah kawasan umat Islam , maka hero itu akan mendapat markah yang
lebih tinggi berbanding dengan kawasan non-muslim. Contohnya : Cubaan menawan Kota Mekkah Al-Mukarramah ataupun menumpaskan rakyat Iraq.

- Seperti “ Games “ yang jika sesuatu watak itu memilih pasukan askar daripada kalangan umat Islam, maka dia tidak akan mendapat “ power “ yang tinggi , berbanding dengan andainya dia memilih pasukan askar negara-negara yang memusuhi Islam dan umatnya.

- Permainan-permainan yang boleh menyemai kecintaan kepada perjudian dan maksiat seperti permainan yang melibatkan watak-watak yang seksi dan membuka aurat. Dan perkembangan terkini daripada negara Barat sendiri melaporkan sudah terdapat “ Games “ yang memberikan hadiah kepada hero “ games “ itu ganjaran berzina dengan heroin-heroin yang cantik-cantik , bahkan sudah ada “ Games “ khusus yang menggambarkan hubungan seks. Maka , “ Games “ seperti ini sudah tidak syak lagi haramnya kerana ianya bermaksud menyemai benih-benih maksiat dan menanamnya di jiwa para pemainnya !.

- “ Games “yang sudah dikenal pasti oleh ahli-ahli perubatan boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan seperti diserang penyakit di bahagian mata , ataupun anggota saraf .

- “ Games “ yang menyebabkan seseorang itu lalai daripada mengingati Allah Ta’ala seperti menyebabkan seseorang itu meninggalkan kewajipan sembahyang dan tidak mahu taat kepada ibu-bapa , contohnya : Kanak-kanak yang sudah syok dan ghalit ( leka ) dengan permainan seperti ini, agak “ liat “ untuk membantu ibu-bapa mereka .

BAGAIMANA PULA DENGAN “ GAMES “ YANG SAUDARA PILIH ITU ? :

Setelah meneliti soalan saudara itu, kami mendapati bahawa ianya melibatkan unsur-unsur aqidah, dan Islam telah mengajar kita untuk menutup pintu bagi setiap perkara yang boleh mendatangkan bahaya besar, khasnya kepada aqidah umat Islam. Apatah lagi jika permainan seperti itu dimain oleh kanak-kanak dan para remaja yang mana di dalam usia mereka itu sangat mudah untuk terpengaruh dengan berbagai perkara.

Jadi, dengan menggunakan kaedah “ Saddu Dzarai’e “ ( Menutup segala pintu-pintu yang boleh mendatangkan bahaya dan mencabut akar-umbinya ) maka jelaslah “ games “ yang saudara pilih itu adalah HARAM kerana ianya melibatkan unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam.

Ya ! kita akui bahawa adakalanya ada sesebuah permainan itu hanya sekadar permainan, dan adakalanya juga sesuatu permainan itu bukan mesti dilihat daripada satu sudut ianya sebagai permainan sahaja , khasnya yang melibatkan aqidah dan moral kita . Kerana itu – sebagai contoh – saudara yang berusaha sebagai hero yang cuba menyelamatkan dewa-dewa yang baik drp dewa-dewa yang jahat ( setan, demons, evil, devil dan seangkatan dgn mereka ) , maka saudara tetap tidak mendapat pahala kerana saudara ketika itu juga tidak dianggap melakukan satu kebaikan.

Begitulah juga, andainya saudara di dalam “ games “ tersebut, saudara sebagai seorang hero yang cuba menentang syaitan-syaitan & dewa-dewa yang jahat, saudara ketika itu juga tidak dianggap telah berjihad di jalan Allah Ta’ala !.

Ya ! “ Games “ tetap games . Ianya bukan “ kehidupan yang realiti “, NAMUN PERLU DIINGAT , GAMES juga merupakan salah-satu wasilah dan usaha musuh-musuh Islam untuk menyemai khurafat dan takhyul sebagaimana t.v juga boleh digunakan untuk menyebarkan Islam ataupun menyebarkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Islam !.

Perlu juga diawasi perkara-perkara yang boleh membawa kepada murtad juga bukanlah MAIN-MAIN dan ianya merupakan satu perkara yang fardhu ‘ain dan amat sangat dituntut untuk diketahui oleh setiap umat Islam.

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1 – Fatwa Syeikh Solleh Munjid daripada Islam Online :[/url] http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?hFatwaID=80157

2- LIHAT JUGA HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM OLEH SYEIKH AL-QARADHAWI.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

23 / Rajab / 1423 H
1 / OKtober / 2002 M

Selasa – Bandaraya Kaherah