SJ-1870: Zakat & Hutang

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1870: Zakat & Hutang

Assalamu'alaikum Ustaz,

Ada sedikit permasalahan tentang zakat & hutang.

Bagi wang KWSP/Takaful/Insurans, yang mana ada masa dan tempoh tertentu bagi kita mengeluarkannya.

Contoh: Sekiranya saya masih ada berhutang dengan mana2 institusi kewangan mahupun mana2 individu yang mana kalau dikira kan duit dari sumber di atas terlalu cukup untuk melangsaikan hutang tersebut. Jadi yang mana perlu diutamakan terlebih dahulu? Bayar hutang atau keluarkan zakat terlebih dahulu? Harap dapat beri penjelasan mengenai hal ini. Sekian terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1870: Zakat & Hutang

Jawab:

1. Zakat bagi skim Takaful atau Simpanan TH sudah dikeluarkan zakat. Manakala KWSP bukanlah skim simpanan syari'ah, maka zakat simpanan tidak dikeluarkan (bagi pihak anda) dan menjadi tanggungjawab pencarum mengeluarkan zakat bila simpanan dikeluarkan. Begitu juga skim insuran2 konvensional juga perlu dikeluarkan zakat bila dikeluarkan atas modal dan bukannya atas kadar faedahnya. Bagi pengeluaran KWSP, terjadi khilaf apakah dikenakan zakat bila wang itu dikeluarkan? atau perlu menunggu genap Haul? Qardhawi (FZ) berpendapat ia dikenakan zakat bila dikeluarkan kerana ia tidak memerlukan haul.
2. Apakah orang yg menanggung hutang dikecualikan dari zakat. Tidak menurut Syafi'iyah dan Dikecualikan menurut Hanafiah dan Fatwa Rumah Fatwa Mesir (Syaykh Hasan Makhluf)Qardhawi (FZ) berpendapat ia dilihat pada jenis hutang, apakah ia hutang berjadual (spt loan kereta atau rumah) yg dibayar untuk tempoh yg stabil misalnya 7 hingga 15 tahun, maka orang seperti ini tidak dikecualikan dari membayar zakat. Maksud hutang yg mendesak ialah jika tidak dilangsai, si fulan itu akan diisytihar muflis. WaLlahu a'alam