SJ-1902: Janji

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1902: Janji

Assalamu'alaikum, Ustaz dan ahli panel sekelian.

Di sini saya ingin kemuka soalan yang mungkin pada org lain adalah remeh tetapi selalu menimbulkan perasaan ragu2.

PERMASALAH: Satu masa dahulu, saya pernah di datangi oleh seorang yang membawa khabar buruk dan boleh dikatakan fitnah untuk memecahkan keluarga kami. Dan beliau meminta supaya saya BERJANJI untuk tidak bertanyakan @ menceritakan pada ahli keluarga saya yg lain. Saya tidak dapat nak janji cuma mengatakan InsyaAllah. Tetapi org tersebut tetap mendesak saya untuk berjanji, selagi tidak berjanji, dia tidak akan meninggalkan saya. Pada masa itu, saya tidak tahu nak buat apa, dan saya cuma katakan padanya "saya berjanji dgn Allah". Kemudian saya telah memungkiri janji tersebut, memandangkan itu fitnah , saya perlu mencari kepastian dan bertanya sendiri pada ahli keluarga.

Permasalahannya:

1. Adakah dengan mengatakan "saya berjanji dgn Allah" itu dianggap saya telah bersumpah dgn Allah? Dgn melanggarnya adakah saya dikenakan seperti kifarah sumpah.

2. Saya ada rujuk pada bab janji dalam hadis2 nabi (Shahih Muslim jilid I,II & III), yg mana byk menerangkan bahawa baginda rasulullah saw, tetap berpegang pada janji walaupun dengan musuh. Minta penerangan dari al-ahkam berkenaan janji ini.

3. Dalam satu hadis lain (Shahih Muslim Jilid III, maaf sebab tidak dapat menyatakan hadisnya kerana terlalu panjang) dalam bab perang, ada rasulullah bersabda antaranya (lebih kurang yg saya ingat) "jika diminta jaminan oleh musuh dengan nama Allah & Rasulnya, hendaklah kamu memberi jaminan dengan dengan nama mu dan nama pasukanmu, jika kamu menarik kembali jaminan itu, maka kesannya adalah lebih rendah jika kamu menggunakan nama Allah & Rasulnya". Dalam hadis tersebut, pada saya seolah2 ada kaitan dgn bab janji ataupun mungkin saya sendiri yg jahil. Wallahua'lam.

Minta pihak Al-Ahkam memberi penjelasan secara terperinci. Kadangkala kita terlalu memandang perkara yg besar dan melupakan perkara2 remeh begini.

Segala yg baik itu datang dari Allah, dan yg buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

Sekian terima kasih.

Re: SJ-1902: Janji

Jawab:

"Saya berjanji dengan Allah" itu sudah dianggap sumpah kerana ia lafaz yg sarih (jelas). Tapi apakah ia dikenakan kaffarat jika melanggarnya ada dua keadaan. Sila perhatikan perbahasannya.
Kita diingatkan oleh Allah sendiri supaya berhati-hati dengan lafaz2 janji dan sumpah:
Firman-Nya (terjemah):"Janganlah kamu jadikan nama Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan.." (AQ: 2: 224)
Maksud ayat ini ialah anda sepatutnya tidak tunduk kepada desakan orang yg berniat tidak baik terhadap keluarga anda sendiri.
Nabi saw juga mencela sumpah yg wewenang," Sumpah itu menghapuskan nilai barangan (dlm jualbeli) dan melenyapkan barokah" (Bukhari # 1981; Muslim # 1606)
Maksudnya: jangan kita biasakan diri dengan sumpah dan janji.
Jika anda telah bersumpah dan kemudian mendapati ujudnya halangan atau ujudnya sesuatu yg lebih baik, maka boleh dilanggar sumpah dan janji itu.
Dalil dari hadis Muslim (#1650)," Barangsiapa yg bersumpah lalu dia mendapati sesuatu yg lain yg lebih baik daripadanya, maka hendaklah dia melakukan yg lebih baik itu dan kemudian kaffaratkan sumpahnya itu."

Tapi jika sumpah atau janji yg anda lakukan itu bukanlah bermaksud sumpah hanya helah terhadap orang anda syak kejahatannya, maka ia bukan sumpah:
Firman Allah," Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yg tidak maksud untuk bersumpah, tapi Allah menghukum kamu sumpahmu yg disengaja oleh hatimu." AQ 2: 225
(Dr alBugho: Fiqh alManhaji)

Itulah dua kedudukannya dan timbanglah sendiri di manakah kedudukan anda. WaLLahu a'alam