SJ - 1934 : PERLUKAH MAKMUM MENYEBUT " SAMI'ALLAHU LIMAN HAM

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1934 : PERLUKAH MAKMUM MENYEBUT " SAMI'ALLAHU LIMAN HAM

Assalamualaikum

saya ada membaca sebuah buku fardhu ain, yg menerangkan tentang bacaan iktidal semasa solat berjemaah.Dalam buku tersebut, menerangkan tentang ketika imam bangun untuk iktidal dengan menyebut.."SamiAllahuliman hamidah..."...maka si makmum tidak perlu mengucap kembali perkataan tadi, sebaliknya menyahut dengan bacaan "Rabbana lakalhamdu...".

Harap boleh tolong beri penjelasan lebih terperinci dan jelas?

terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1934 : PERLUKAH MAKMUM MENYEBUT " SAMI'ALLAHU LIMAN

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara. Untuk mengetahui jawapan-jawapannya , marilah kita melihat tatacara ibadat Baginda Rasulullah s.a.w itu sendiri sebagai mana yang dijelaskan di dalam hadis-hadis berikut :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåã Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÅöÐóÇ ÞóÇáó ÇáúÅöãóÇãõ ÓóãöÚó Çááøóåõ áöãóäú ÍóãöÏóåõ ÝóÞõæáõæÇ Çááøóåõãøó ÑóÈøóäóÇ áóßó ÇáúÍóãúÏõ ÝóÅöäøóåõ ãóäú æóÇÝóÞó Þóæúáõåõ Þóæúáó ÇáúãóáóÇÆößóÉö ÛõÝöÑó áóåõ ãóÇ ÊóÞóÏøóãó ãöäú ÐóäúÈöåö

Ertinya : Drp Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda : “ Apabila Imam menyebut SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH –~Mudah-mudahan Allah memperkenankan doa bagi org-org yg memuji-Nya ~ , maka hendaklah kamu mengatakan : “ ROBBANA LAKAL HAMD “ ~ Wahai Tuhan Kami ! Untuk-Mulah segala segala puja-puji . Maka sesiapa sahaja yg perkataanya menyamai kata-kata para malaikat , akan diampunkan untuknya dosa-dosanya yang telah lalu ~Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Muslim , Kitab As-Solah , Bab At-Tasmie’ ,Wa At-Tahmid Wat Ta’min : 408

Úóäú ÃóäóÓó Èúäó ãóÇáößò íóÞõæáõÇ ÓóÞóØó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåã Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Úóäú ÝóÑóÓò ÝóÌõÍöÔó ÔöÞøõåõ ÇáúÃóíúãóäõ ÝóÏóÎóáúäóÇ Úóáóíúåö äóÚõæÏõåõ ÝóÍóÖóÑóÊö ÇáÕøóáóÇÉõ ÝóÕóáøóì ÈöäóÇ ÞóÇÚöÏðÇ ÝóÕóáøóíúäóÇ æóÑóÇÁóåõ ÞõÚõæÏðÇ ÝóáóãøóÇ ÞóÖóì ÇáÕøóáóÇÉó ÞóÇáó ÅöäøóãóÇ ÌõÚöáó ÇáúÅöãóÇãõ áöíõÄúÊóãøó Èöåö ÝóÅöÐóÇ ßóÈøóÑó ÝóßóÈøöÑõæÇ æóÅöÐóÇ ÓóÌóÏó ÝóÇÓúÌõÏõæÇ æóÅöÐóÇ ÑóÝóÚó ÝóÇÑúÝóÚõæÇ æóÅöÐóÇ ÞóÇáó ÓóãöÚó Çááøóåõ áöãóäú ÍóãöÏóåõ ÝóÞõæáõæÇ ÑóÈøóäóÇ æóáóßó ÇáúÍóãúÏõ æóÅöÐóÇ Õóáøóì ÞóÇÚöÏðÇ ÝóÕóáøóæúÇ ÞõÚõæÏðÇ ÃóÌúãóÚõæäó

Ertinya : Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: “ Nabi s.a.w pernah terjatuh dari kuda yang menyebabkan kecederaan di bahagian kanan tubuh baginda. Kami cepat-cepat mendapatkan baginda lalu membawa pulang. Sebaik sahaja tiba waktu sembahyang, baginda sembahyang bersama kami dalam keadaan duduk. Ini menyebabkan kami juga mengikuti baginda dengan bersembahyang dalam keadaan duduk. Setelah selesai sembahyang baginda bersabda: Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, apabila dia bertakbir, takbirlah. Apabila dia sujud, sujudlah. Juga apabila dia bangun, bangunlah. Akhirnya apabila dia membaca ÓóãöÚó Çááøóåõ áöãóäú ÍóãöÏóåõ , maka kamu bacalah ÑóÈøóäóÇ æóáóßó ÇáúÍóãúÏõ dan apabila dia sembahyang dalam keadaan duduk, sembahyanglah dalam keadaan duduk ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Muslim , Kitab As-Solah , Bab At-Tasmie’ ,Wa At-Tahmid Wat Ta’min : 411 .

Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåã Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÅöäøóãóÇ ÇáúÅöãóÇãõ áöíõÄúÊóãøó Èöåö ÝóáóÇ ÊóÎúÊóáöÝõæÇ Úóáóíúåö ÝóÅöÐóÇ ßóÈøóÑó ÝóßóÈøöÑõæÇ æóÅöÐóÇ ÑóßóÚó ÝóÇÑúßóÚõæÇ æóÅöÐóÇ ÞóÇáó ÓóãöÚó Çááøóåõ áöãóäú ÍóãöÏóåõ ÝóÞõæáõæÇ Çááøóåõãøó ÑóÈøóäóÇ áóßó ÇáúÍóãúÏõ æóÅöÐóÇ ÓóÌóÏó ÝóÇÓúÌõÏõæÇ æóÅöÐóÇ Õóáøóì ÌóÇáöÓðÇ ÝóÕóáøóæúÇ ÌõáõæÓðÇ ÃóÌúãóÚõæäó

Ertinya : “ Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya. Apabila dia bertakbir, takbirlah. Apabila dia rukuk, rukuklah. Apabila dia membaca ÓóãöÚó Çááøóåõ áöãóäú ÍóãöÏóåõ , maka bacalah Çááøóåõã ÑóÈøóäóÇ áóßó ÇáúÍóãúÏõ dan apabila dia sujud, sujudlah. Apabila dia sembahyang dalam keadaan duduk, sembahyanglah juga dalam keadaan duduk “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Muslim , Kitab As-Solah , Bab At-Tasmie’ ,Wa At-Tahmid Wat Ta’min : 414 .

**********************************************************

PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI MASALAH INI :

Ulama’ kita mempunyai beberapa pendapat di dalam memahami ketiga-tiga hadis di atas , dan hadis-hadis yang berkaitan dengan persoalan ini . Secara ringkasnya , mereka terbahagi kepada dua golongan :

( I ) ~ GOLONGAN PERTAMA :

- Makmum tidak perlu mengucapkan ÓóãöÚó Çááøóåõ áöãóäú ÍóãöÏóåõ , hanya perlu menyambut bacaan Imam yang menyebut itu dengan menyebut Çááøóåõã ÑóÈøóäóÇ áóßó ÇáúÍóãúÏõ ataupun dengan membaca ÑóÈøóäóÇ æóáóßó ÇáúÍóãúÏõ , ataupun ÑóÈøóäóÇ áóßó ÇáúÍóãúÏõ .

( II ) ~ GOLONGAN KEDUA :

- Juga berdalilkan ketiga-tiga hadis di atas dan hadis-hadis lain yang turut sama membicarakan hal ini .

- Makmum tetap menyebut ÓóãöÚó Çááøóåõ áöãóäú ÍóãöÏóåõ .

- Alasan mereka : Kerana hadis Rasulullah s.a.w yang menyuruh para makmum menyambut bacaan imam dengan membaca Çááøóåõã ÑóÈøóäóÇ áóßó ÇáúÍóãúÏõ , tidaklah bermakna para makmum tidak perlu membaca ÓóãöÚó Çááøóåõ áöãóäú ÍóãöÏóåõ .

- Samalah juga dengan hadis yang menyuruh para makmum supaya membaca “ Amin “ , tatkala Imam membaca “ …Waladdhollin “ . Tidaklah bermakna Si Imam tidak perlu mengucapkan “ Amin “ .

- Ertinya : Si Imam dan para Makmum , sama-sama menyebut ÓóãöÚó Çááøóåõ áöãóäú ÍóãöÏóåõ , sebagai mana mereka juga sama-sama menyebut “ Amin “ selepas membaca “ ….Waladdhollin “ .

AMALAN DAN PENDAPAT YANG MENJADI PILIHAN :

Pendapat Golongan Ke-II lebih wajar diikuti dan dijadikan amalan . Dan inilah juga pilihan bagi imam kita, Al-Imam Muhammad Idris Asy-Syafi’e (rh) , dan disokong pula oleh Al-Imam As-Suyuthi (rh) dan turut sama disokong oleh tokoh hadis yang terkemuka di zaman mutakhir ini , Almarhum Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albaniy (rh) .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

1 – SYARAH SAHIH AL-IMAM MUSLIM (RH) ~ Al-Imam An-Nawawi (rh) – Darul Khaiyr , Damsyiq.

2 – AL-HAWI LIL FATAWA ~ Al-Hafiz As-Suyuthi (rh) , Jilid 1 , ms 35-37 - Darul Kutub Al-‘Ilmiyyah .

3 – SIFAT SOLAH AN-NABIY S.A.W ~ Syeikh Muhammad Nasirudin Al-Albaniy (rh) – Al-Maktab Al-Islamiy.

4 – PENERANGAN SYEIKH SOLEH HAMDI AS-SISI ( M.A Hadis , Universiti Al-Azhar ) .

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

29 / Sya’aban / 1423 H
5 / November / 2002 M

Selasa – Bandaraya Kaherah

Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum