SJ-1974: Solat terawih dan sunnah selepas solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1974: Solat terawih dan sunnah selepas solat

Assalamu'alaikum!

1) Manakah yg lebih afdhal, solat tarawih berjema'ah di rumah bersama anak isteri ataupun di masjid/musolla/balasoh?

2) Adakah selawat2 di antara rakaat-rakaat dalam terawih itu diharuskan?

3) Adakah solat terawih diakhiri dgn solat witir itu sunnah?

4) Adakah solat witir itu semestinya dilakukan sejurus sahaja selesai solat terawih? Atau ianya boleh ditangguhkan di tengah malam dsb?

5) Mengenai soalan saya sebelum ini berkenaan dengan berzikir beramai-ramai selepas solat; - jazakallah kerana telah dijawab. Saya ingin bertanya lagi, bagaimana pula dengan amalan imam berdoa secara jahr (kuat) dan makmum mengaminkan, adakah ianya juga menyalahi sunnah? Jika Ya, apa yg perlu kita lakukan ketika imam berdoa? Kerana sensitiviti org Melayu, kurang adab jika org membaca doa, tetapi kita tidak mengaminkan?

6) Adakah menyalahi sunnah jika saya bersalam dgn jemaah lain selepas solat dengan niat menjaga hubungan sesama umat Islam, bukan menganggapnya sebagai ibadat?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1974: Solat terawih dan sunnah selepas solat


Jawab:
1. Solat tarawih afdhal dilakukan berjama'ah. Ini pendapat jumhur (termasuk asySyafi'iy ra). Dalilnya: Pada peringkat awal Nabi saw pernah berjama'ah tarawih bersama sahabat kemudian menghentikannya kerana ditakuti akan menjadi hukum Wajib ke atas umatnya. Kemudian datang Umar alKhattab ra kembali menghidupkannya hingga kini. (Albani, solat atTarawih, ms 72)
2. Selawat, zikir, do'a dan tahlil di antara raka'at2 itu adalah bid'ah. (AsySaqiri, asSunan, 59; Imam Syuyuti, alAmr bi alItba'', 192)
3. Sunnah. Dalil: Nailool Awthor, 3/64, "apabila Nabi saw bersolat bersama mereka (sahabat) lapan raka'at, kemudian beliau berwitr." HR Ibn Hibban dan atTabarani dari Jabir ra," bahawasanya Nabi saw apabila baginda menghayati satu malam dari bulan Ramadhan dgn orang ramai, beliau solat dgn mereka lapan raka'at dan kemudian berwitr."

4. Witr itu hendaklah disempurnakan bersama Imam, itulah sunnah nabi dan khulafa' arrasyidin (alQasimi, Islah alMasaajid, ms 86)
5. Imam membaca do'a dgn jahar dan makmum mengaminkan adalah bid'ah (alhafeedz Ibn Qayyim, Zaad alMa'ad, 1/660- Ia bukan ajaran Nabi saw). Jika hendak menjaga fitnah atau adab setempat itu isu yg lain.

6. Berjabat tangan setiap lepas solat adalah bid'ah kerana kaum salaf berjabat salam ketika pertama kali bertemu atau sudah lama tidak bertemu atau akan berpisah saja dan bukannya setiap kali solat. Ramai fuqaha' yg berpendapat bid'ah dan ganjilnya amalan ini: Fatawa Syaikh Izz bin Abd Salam, 46; Imam Nawawi, alMajmu, 3/448; syaikh alJibrin, alMujtama' ed 855; Albani, Silsilah asSahihah 1/23; alSyaqiri, asSunan wa Mubtadi'at, 72, Siddiq Khan, Din alKhalisy, 4/314; alHaithami, asSiyaasah fil Kasyf, dll) Jika anda terpaksa melakukannya, maka niat anda itu betul.
WaLlahu a'alam