SJ-1993: Asal-usul doa dan bacaan yg lazim diamalkan

2 posts / 0 new
Last post
zain-ys's picture
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-1993: Asal-usul doa dan bacaan yg lazim diamalkan

Pengirim soalan ini meminta saya memasukkan soalannya di al-ahkam:


Subject: Masalah password
Date: Tue, 12 Nov 2002 09:56:50 +0800
Soalan 1:
Siapakah yang mencipta doa-doa khusus ketika untuk makan, masuk tandas, bangun tidur, keluar rumah dan lain-lain yang
kita amalkan hari ini. Sejak bilakah doa-doa tersebut mula diamalkan di dalam masyarakat Islam. Adakah Rasulullah berdoa dengan menadah tangan setiap kali baginda hendak makan seperti yang kita ajarkan kepada anak-anak
kecil hari ini?

Soalan 2:
Apakah amalan "membuka" sesuatu majlis, contohnya mesyuarat dengan surah al-Fatihah dan kemudian "menutup" majlis
tersebut dengan surah "Al-Asr" adalah Sunnah? Saya tengok amalan ini sangat popular di kalangan orang Melayu.

Soalan 3:
Apakah hukum tadarus al-Quran, iaitu beberapa orang duduk di dalam bulatan sambil memperdengar bacaan Qur'an masing-masing secara bergilir-gilir. Adakah ia bida`ah?

Terima kasih.

-Naza-

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1993: Asal-usul doa dan bacaan yg lazim diamalkan

Awaitlah syaikh kabir ni, patutnya jawab terus ajelah..

Jawab:
Soalan 1:
1.1 Berdo'a adalah ibadah dalam Islam. Dalil: sabda baginda," Do'a itu adalah ibadah. Tuhan kamu telah berfirman,"berdo'alah kamu kepadaku, niscaya Aku kabulkan.." Sahih alJami' asSyogheer 3/150 . Do'a ini bukan sahaja ibadah dalam syari'at Muhammad saw bahkan moyang kita Adam AS pun berdo'a (lihat AQ 7: 23). Maka do'a2 harian yg anda sebutkan itu memang diajar oleh Nabi saw kepada umatnya dan koleksi do'a2 itu telah dibukukan oleh sebahagian besar fuqaha'. Yang terbaik, ringkas dan mudah ialah koleksi alMakthurat oleh Imam Hasan Albanna.
1.2 Do'a makan itu memang diajarkan oleh Nabi saw atau paling kurang membaca BasmaLlah. Tatacara berdo'a tidak perlu menadah tangan setiap kali berdo'a. Begitu juga do'a ini menurut sunnah dilakukan secara sendirian. HR alHakim "do'a yg paling utama adalah do'a seseorang utk dirinya sendiri."
Disahkan oleh ahli2 hadis, selama 10 tahun Nabi saw bersama sahabat di Medinah, tidak pernah baginda berdo'a bersama-sama yakni beramai-ramai selepas solat. Jadi, amalan berdo'a beramai-ramai ini bukan ajaran Nabi saw. (Syaykh Abu Bakar Jabir alJazairy, Min Sunanil Hudaa). Maka do'a makan itu latihlah anak2 itu membaca sendiri untuk dirinya. Jika berdo'a bersama-sama dgn menadah tangan itu adalah amalan Kristian.

2. Amalan membuka majlis dgn alFatihah itu jika dilakukan dengan konsisten adalah bid'ah. Tidak ada dalil dari Nabi saw melainkan baginda hanya memberi salam dan bertahmid. Fatwa Lajnah Daimah Kerajaan Arab Saudi no 7012 dan 8777
Menutup Majlis dgn membaca surah wal Asr itu ada asalnya HR Tabarani dari UbaidiLlah bin Hafs dan alBaihaqee dari Abu Hudzaifah. Juga sunnah membaca tasbih Kifarah (alAzkar, 131)

3. Tadarrus Ramadhan itu tidak bid'ah. Ia menjadi bid'ah bila bulan Ramadhan sahaja membaca alQur'an, 11 bulan yg lain alQur'an itu disimpan. Jika budaya ini diamalkan secara konsisten, maka tadarrus itu bid'ah. Adapun tadarrus Ramadhan itu sunnah berdasarkan hadis Muslim no 2696 dari Abu Hurairah," apabila satu kaum berkumpul di dalam salah satu rumah Allah (mesjid) sambil membaca alQur'an bersama-sama, niscaya akan turun ketenangan ke atas mereka." Lujnah Daimah Fatwa # 3302.
WaLlahu a'alam