SJ-1996: SJ-1988 (2) - Pembelian rumah BBA

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1996: SJ-1988 (2) - Pembelian rumah BBA

Jazakallahu khairan kathira atas jawapan yg diberikan.
Cuma maaflah sebab masih ada kemushkilan lagi. Bagaimana pula dgn skim BBA yang diperkenalkan oleh kerajaan utk kakitangannya.
Manakah yg lebih baik sama ada nak ambil Bank Islam atau pun yg kerajaan punya? Apakah operasi BBA yg kerajaan punya serupa dgn yg diamalkan oleh Bank Islam?
JazakaLlahu khairan kathira sekali lagi sebab sudi menjawab kemushkilan saya.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1996: SJ-1988 (2) - Pembelian rumah BBA

Afwan
Jawab:
Sudah tentu BBA Kerajaan lebih baik. BBA kerajaan ialah dana khas untuk kakitangan dan bukan bermotifkan keuntungan pada kadar keuntungan 4% flat dan ada diskaun lagi. BBA kerajaan lebih kurang sama dgn BBA yg ditawarkan oleh sektur perbankan Islam. Cuma perbankan Islam ialah organisasi yg bermotifkan keuntungan. WaLlahu a'alam