SJ-2018: Batal Puasa Kentut dlm Kolam

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2018: Batal Puasa Kentut dlm Kolam

Assalamua'laikom ustaz....

1] baru2 ini rakan saya ada memberitahu saya kalau kita mandi dalam kolam dan terkentut maka puasa kita batal kerana air masuk. adakah ini benar? Jika benar bagaimanakah air boleh masuk sedangkan bila kita terkentut angin menolak keluar bukan nyer menyedut ke dalam.

2] adakah batal puasa jika kita menyucikan diri setelah membuang air besar dengan memasukkan sedikit jadi ke lubang dubur. Saya pernah terbaca rencana yang mengatakan Nabi S.A.W memasukkan sedikit jari ke duburnya untuk membersihkan dari najis setelah membuang air besar.

3] saya adakala mengalami masalah tak lawas kencing dimana saya sukar utk menghentikan aliran air kencing dari keluar walaupun airnya sedikit. Biasanya saya terpaksa mengambil masa utk memastikan tiada air yang keluar. dimana saya menghalakan air mutlak ke lubang kemaluan dan kemudian mengambil tisu dan memasukkan sedikit ke lubang kemaluan utk mengeringkan nya kemudian setelah yakin tiada lagi air keluar baru saya keluar dari bilik mandi. Persoalannya BATALKAH puasa saya?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2018: Batal Puasa Kentut dlm Kolam


Jawab:
1. Isu kentut dalam kolam dan hubungan dgn batal puasa adalah sikap mencari-cari hukum dalam daerah kema'afan Islam. Maksudnya tidak usahlah kita mencari hukum dalam urusan yg didiamkan oleh syara'. Sebagaimana satu HR Daruqutni, "Allah mendiamkan beberapa hal sebagai rahmat utk mu, tanpa lupa, mka janganlah kamu tercari-cari (hukumnya)." (tarjeeh Imam Nawawi, hadis hasan) Kentut dalam kolam tidak membatalkan puasa kerana tidak ada dalil yg mengatakan batal.

2. Benar sekali rencana yg anda baca itu. Imam Ibn Taymiyah menegaskan dalam fatwanya bahawa puasa tidak batal jika tidak ada tujuan memasukkan makanan atau berniat untuk menghilangkan lapar dan dahaga.

3. Petua menyumbatkan kapas kepada kemaluan itu datangnya dari madhab Syafi'iy (alGhazali (alIhya') menyuruh orang dedas, supaya berdehem, mengurut kemaluan, dan disyarah oleh pendokong madzhab ini supaya menyumbat dengan kapas dll). Imam almuhaqqeeq Ibn Qayyim (Makaid asySyayathin) menegaskan tidak perlu berbuat semua itu kerana tiada dasarnya dari alQur'an dan asSunnah. Lagipun, apa yg terkeluar sedikit di luar kawalan (beyond control) itu dima'afkan syara' (umum albalwa). Menurut Ibn Qayyim, jika engkau telah buang air, membasuhnya dgn yakin dan jika ada yg keluar pada kadar yg sedikit dan di luar kawalannya, tidaklah ada kesalahan itu pada dirinya. pendapat Imam Ibn Qayyim ini dapat menghapuskan penyakit was-was. Manakala pendapat Syafi'iyah, membersihkan kencing, dan kemudian menyumbatkan dgn kapas atau kain pun boleh juga dilakukan dan ia tidak membatalkan puasa jika kapas itu berada di bahagian luar kemaluan.
P/S: penyakit dedas atau daimul baul ini ada ubatnya spt pil Saw palmetto, dapatkan ia di farmasi. Antara jenamanya ialah spt Solaray, 21st Century, Biolife, dsbnya. Ubat ini akan mengetatkan kembali pundi2 kencing jika diamalkan berpanjangan kerana ia ubat persediaan herba. WaLlahu a'alam