SJ-2026: (dari nstt) Fiqh Siyyam: Mandi lewat

3 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-2026: (dari nstt) Fiqh Siyyam: Mandi lewat

Assalamualaikum w.b.t,

Saya salah seorang pelawat di laman web al-ahkam. Sebenarnya saya ingin bertanya beberapa soalan di laman web al-ahkam tetapi saya tak dapat untuk mendaftar di laman web tersebut. Jadi sebab tu saya hantar email personaly kepada Tuan Hasan Tuan Lah dan juga saudara pendekar (maaf saya tak tahu nama penuh Ustaz).

Soalan saya, apakah hukum puasa seseorang itu sekiranya pada sebelah malam dia bersama dengan isterinya dan terlupa untuk mandi junub sehinggalah masuk waktu subuh pada keesokan harinya. Sekiranya puasa nya itu tidak sah, perlukan dia membayar kifarah atau hanya cukup sekadar mengada'kan puasanya itu? Sekian.
HambaAllah kat nstt.com.my

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2026: (dari nstt) Fiqh Siyyam: Mandi lewat

:wassalam
Jawab:
Kami memohon kema'afan di atas masalah teknikal di Ahkam net. Minta-minta syaikh Maintainer melihat masalah ini.

2. Puasa tidak batal jika lewat mandi junub. Dalilnya: HR Syaikhan dri Aisyah ra, bahawa baginda pernah berada di waktu Subuh sedangkan masih belum mandi lagi. Maka tiadalah kiffarat atau qadha'. Fiqh Sunnah

zain-ys's picture
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2026: (dari nstt) Fiqh Siyyam: Mandi lewat

A'kum,

Setakat ini tidak ada kerosakan atau masalah yang berlaku pada forum al-ahkam online.

Panduan/tutorial untuk mendaftar sbg ahli dan mengirim soalan atau sbbnya ada di sini:

http://www.al-ahkam.com.my/forum/tutorial/1.html

Semoga ia dapat membantu.

Sekian. Wassalam