SJ - 2028 : ERTI " KEKAL " DI DALAM AL-QURAN AL-KARIM

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2028 : ERTI " KEKAL " DI DALAM AL-QURAN AL-KARIM

Assalamualaikum.

Dalam al-Quran ada menyebut perkataan "hum fi ha khalidun". "khalidina fi haa abada" dan "muqim" .

Ayat-ayat ini merujuk kepada penghuni Syurga dan Neraka. Apakah perbezaan makna perkataan ini?

Re: SJ - 2028 : ERTI " KEKAL " DI DALAM AL-QURAN AL-KARIM

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Di dalam konteks penggunaan perkataan-perkataan “ Khalidun “ ( ÎóÇáöÏõæäó ) , “ Khalidin “ ( ÎóÇáöÏöíäó ) , “ Khulud “ ( ÇáúÎõáõæÏ ) , “ Abadan “ ( ÃóÈóÏðÇ ) dan “ Muqim “ ( ãÞíãò ) di dalam Al-Quran Al-Karim , semuanya itu – sepanjang pengetahuan kami yang masih kurang ini – membawa erti “ Kekal “ ( Forever ) .

Ini bermakna perkataan-perkataan itu semuanya seerti . Samalah dengan bahasa Melayu kita , ada perkataan “ Kekal “ , dan ianya seerti dengan “ Abadi “ , “ Selama-lamanya “ , “ Sepanjang Masa “ , “ Berterusan “ , “ Berpanjangan “ .

Ya ! perkataan “ MUQIM “ ( ãÞíãò ) itu sendiri membawa membawa erti yang berlainan dengan “ Mustawtin “ ( Mastautin ) dan “ Musafir “ ( seorang pengembara ) di dalam perbicaraan Fiqh , kerana “ Muqim “ membawa makna : Seseorang yang mendiami di suatu tempat dengan niat dalam tempoh yang lama , tetapi dia tidak berniat untuk tinggal terus-menerus di tempat itu ataupun menjadikan tempat itu sebagai negaranya . Manakala “ Musafir “ pula membawa maksud seseorang yang sedang di dalam perjalanan dan “ Mustawtin “ pula membawa maksud seseorang yang hendak bermastautin ( menjadi rakyat sesebuah negara ) .

Itu di dalam konteks pemahaman “ gaya bahasa Fiqh “ , sedangkan yang dijelaskan sebelum itu ialah berdasarkan “ gaya bahasa Al-Quran Al-Karim “ .

Walaupun begitu di dalam konteks memahami keadaan ahli syurga dan ahli neraka sebagai mana yang digambarkan di dalam banyak ayat Al-Quran Al-Karim dan Hadis-Hadis Rasulullah s.a.w , sudah tentulah “ MUQIM “ itu bermakna “ KEKAL-ABADI “ , kerana syurga dan neraka itu sendiri bersifat kekal abadi dan itulah kehendak Allah Ta’ala sendiri ( sebagai mana yang telah dijelaskan di dalam SJ - 1979 : KEKALKAH NERAKA ? http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8489&page=4&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1 dan SJ - 2014 : KEKALKAH SYURGA (Lanjutan SJ-1979) ? http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8610&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1 ) .

Orang-orang yang menjadi ahli syurga , mereka akan kekal selama-lamanya menjadi penghuni syurga . Adapun ahli neraka , jika mereka itu daripada kalangan orang-orang beriman yang diazab di dalam neraka kerana dosa-dosa mereka , maka mereka tidak akan kekal di dalam neraka , kerana sebaik sahaja tempoh azab itu berakhir , mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dan menghuninya selama-lamanya ( kekal-abadi di dalam syurga ) . Adapun jika ahli neraka itu daripada kalangan kafir , musyrikin dan golongan murtad , maka mereka tetaplah akan menghuni neraka selama-lamanya ( kekal-abadi ) .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

19 / Ramadhan / 1423 H
24 / November / 2002 M

Ahad– Bandaraya Kaherah

Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum